Gara Gara Liverpool Juara, Gary Neville Disyaki Ke Papua New Guinea

Gary Neville sebelum ini menyatakan bahawa, Liverpool mungkin akan menjadi juara Liga Perdana Inggeris.

Dan dia mungkin akan terbang ke Papua New Guinea.

Dan pada hari ini Liverpool sah menjadi juara Liga Perdana Inggeris.

Ianya selepas Manchester City tewas di tangan Chelsea dalam aksi pagi tadi.

Gary Neville melambaikan selamat tinggal.

Lalu jenaka Gary Neville itu telah membuatkan Sky Sports menghasilkan video khas mencari di mana Gary?

Ianya adalah video khas mengucapkan tahniah kepada Liverpool.

Saksikan:

Skuad Liverpool musim ini cemerlang menjuarai liga seawal baki 7 perlawanan lagi.

Mengatasi rekod dipegang Man City, Man United dan Everton dengan baki 5 perlawanan.

Sebelum ini skuad Liverpool menang 4-0 ke atas Palace. Ianya selepas aksi seri di Goodison Park dalam aksi derbi Merseyside.

Keputusan itu membuatkan Man City perlu menang ke atas Chelsea untuk mengelakkan Liverpool dinobatkan juara ketika aksi berdepan dengan mereka selepas ini.

City mengalami musim yang sukar musim ini dengan 8 kekalahan dicatatkan.

Liverpool pula hanya kalah sekali. Musim lalu kedua dua pasukan bersaing sehingga ke hari terakhir Liga Perdana Inggeris.

Liverpool berada 25 mata di puncak liga ketika liga ditangguhkan seketika kerana pandemik.

Ternyata skuad bimbingan Jurgen Klopp terlalu unggul musim ini.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai