Gary Neville mengajak Jose Mourinho ketawakan kesilapan De Gea

David De Gea, penjaga gol sandaran utama Manchester United melakukan kesilapan paling mengerikan pada perlawanan bertemu Watford malam tadi. Ketika kejadian itu berlaku, bekas pengurus United, Jose Mourinho sedang ditemuramah oleh Sky Sports menjelang perlawanan Tottenham Hotspur bertemu Chelsea.

Gary Neville yang menjadi pundit untuk Sky Sports juga ada di situ. Temuramah yang dilakukan oleh wartawan George Shreeves itu kemudian diganggu oleh reaksi Gary Neville terhadap kesilapan De Gea yang menarik perhatian Mourinho dan Shreeves.

De Gea gagal menangkap kemas bola sepakan lemah pemain Watford, Ismaila Sarr, lalu menghadiahkan gol pertama perlawanan kepada Watford sebelum United tewas 2-0 pada perlawanan itu.

Berpunca dari set piece sepakan penjuru yang melambungkan bola ke tengah kotak penalti, kapten Watford, Troy Deeney menanduk ke belakang sebelum bola singgah di kaki Sarr yang menyepak lemah menuju ke tanah dan kemudian melantun secara ‘belon’ melalui celah tangan De Gea.

Gol oleh Sarr itu adalah antara momen terburuk De Gea untuk musim ini.

Gary Neville kelihatan terkejut dengan kesilapan yang dilakukan itu dan memegang kepalanya tanda tidak percaya.

https://twitter.com/JoeDaveGomez/status/1208782380493873154?s=19

Ketika itu Gary berada di dibelakang temuramah yang dilakukan oleh Shreeves dan Mourinho di dalam bilik interview di stadium Tottenham Hostpur. Aksi Gary mengundang perhatian dari kedua mereka yang kemudian melihat kearah televisyen yang sedang menayangkan kejadian itu.

Shreeves kemudian bertanya kepada Mourinho,

“Anda sekarang adalah bekas seorang pundit berpengalaman, apakah pendapat anda tentang kelakuan nakal dan tidak professional Gary Neville?”

“Kita sedang melakukan temuramah, tetapi dia menganggu kita dengan aksinya.” Tambah Shreeves lagi

Mourinho kemudian menjawab,

“Saya rasa Gary tidak dapat menyembunyikan hubungannya dengan United.”

“Dia ialah seorang pundit yang bagus.” Tambah Mourinho.

Shreeves kemudian ‘memancing’ perhatian Mourinho lagi dengan berkata,

“Tindakan itu sangat tidak professional.”

Dan Mourinho membantah,

“Bukan, dia adalah top boy.” Yang bermaksud Gary adalah antara ‘otai’ di United.

Gary kemudian dilihat memegang kepalanya tanda tidak percaya dan mengulangi aksi itu ketika ulang tayang sedang dimainkan.

United pula melepaskan gol kedua beberapa minit kemudian menerusi sepakan penalti Troy Deeney, tidak diketahui pula apa reaksi Gary Neville bila melihat kegopohan pertahanan United, Aaron Wan Bissaka yang menjadi punca sepakan penalti itu.

Baca yang lain