GAS Kecam Youtuber Dan Mahu Mereka Diwajibkan Ada Lesen

Gabung Anak Seni (GAS) menerusi penerajunya iaitu pelakon, pengarah dan penerbit, Ellie Suriaty Omar mahu kesemua pembuat konten di YouTube perlu diwajibkan memiliki lesen.

Hal ini kerana menurut Ellie, YouTuber ini hidup atas angin.

GAS menjadikan topik pengwajiban lesen YouTube itu sebagai salah satu agenda dalam cadangan mereka kepada kerajaan.

Sambil GAS mahu mengemukakan memorandum cadangan penambahbaikan Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) 1981 dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998, akan dikemukakan kepada pihak berkepentingan, secepat mungkin.

Menurut Ellie lagi, ,memorandum itu akan diserahkan kepada FINAS, SKMM, Perbadanan Harta Intelek Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPNDHEP).

Ini kerana menurut GAS,  akta sedia ada tidak lagi relevan dalam melindungi hak dan kepentingan industri perfileman negara.

Seterusnya, Ellie juga menuduh pemilik akaun YouTube sering memberi kritikan negatif kepada filem tempatan sehingga mendatangkan kerugian kepada pembikin filem.

Dipetik daripad BH Online, Ellie yang tidak pernah berlakon dalam Elly dan Epit itu berkata:

“Saya tidak kisah dikecam apabila menggesa kerajaan menyegerakan pengeluaran lesen bagi pengguna media sosial terutama YouTube. Orang di luar tidak tahu kesan yang terpaksa pemain industri hadapi akibat YouTube.”

“Ramai Youtuber muda yang berjaya dengan kreativiti kandungan mereka hingga menjana pendapatan lumayan. Namun, ada antara mereka mengambil kesempatan daripada selebriti untuk mengaut keuntungan.”

“Ramai rakan saya sudah menjadi mangsa. Jadi, saya tidak mahu lebih ramai lagi yang terkena namun tidak dapat apa-apa faedah.”

Seterusnya, Ellie juga menuduh pemilik akaun YouTube sering memberi kritikan negatif kepada filem tempatan sehingga mendatangkan kerugian kepada pembikin filem.

Ellie menganggap mereka ini sebagai tidak berkelayakan pun untuk mengkritik filem. Dan beliau menegaskan apabila mereka melaporkan perkara itu kepada polis, tiada tindakan yang diambil.

“Jadi, di mana hak kami golongan yang dipergunakan ini?” katanya kepada BH Online.

Tidak terhenti di situ, Ellie meneruskan hujahnya dengan menyatakan ramai tak faham dengan lesen produser yang dikenakan FINAS, sebenarnya bukan RM50,000 tetapi hanya RM2,500.

“Sebenarnya, produser hanya dikenakan RM2,500 untuk lesen penggambaran, tayangan, pameran dan pengedaran. Jadi, janganlah mengarut mendakwa mereka dikehendaki membayar RM50,000 untuk mendapatkan lesen.

“Kita tidak menghalang karya kreatif, malah kami tidak nafikan, ia adalah usaha yang baik. Tetapi apabila mereka menggunakan hak cipta dan kandungan kreatif tanpa meminta kebenaran kami, tidakkah mereka fikir kesannya kepada kami (penggiat seni)?” katanya lagi.

“Jadi, langkah ini akan mendorong pemilik akaun YouTube lebih bertanggungjawab dan tidak memuat naik video yang boleh mendatangkan kemusnahan kepada negara,” katanya.

Banyak cabaran oleh pembuat filem, menurut Ellie lagi. Selain daripada berdepan dengan isu kritikan oleh pengkritik di YouTube, mereka juga berdepan dengan isu cetak rompak yang tidak berkesudahan selain aktiviti melalui platfrom e-dagang di mana filem dijual pada harga serendah RM1 untuk tontonan.

Ellie berkata: “Memang kita ada Akta SKMM dan Akta Hasutan 1948 di mana kita boleh membuat aduan berkaitan hasutan. Namun, kita perlukan akta yang lebih kuat agar hak kami dapat dipertahankan.

“Penggiat seni masih keliru hendak tuju ke mana jika membabitkan hasutan dan cetak rompak melalui e-dagang.

“Jadi, penggiat seni buntu. Kami mahu kerajaan buat penambahbaikan terhadap kedua-dua akta itu agar warga seni tahu ke mana hendak dituju apabila berdepan kemusykilan membabitkan hasutan di laman sosial dan cetak rompak melalui e-dagang,” katanya.

“Di Malaysia, hanya 10 peratus penggiat industri yang kaya. Mereka yang lain semuanya dalam kelompok B40.

“Penerbit bikin filem menggunakan duit sendiri. Malah, ada yang sanggup membuat pinjaman bank. Apabila karya kami dicetak rompak, tentulah kami sakit hati.

“Jadi, kami sanggup membantu kerajaan mencari penyelesaian masalah ini.”

Sumber: BH Online