Gasperini: Kami bukan ‘Leicester’ Itali

Gian Peiro Gasperini tidak melihat pasukannya -Atalanta- sebagai Leicester Itali. Jurulatih ini percaya tentang peluang mereka di Liga Juara Eropah apabila bertemu Valencia pada Rabu nanti.

Beliau adalah jurulatih yang sedang berada di tangga ke-4 Serie A dan jurulatih berusia 62 tahun ini melihatnya seperti Sir Alex Ferguson.

Gasperini mahu terus tinggal di Bergamo seperti Alex Ferguson di Manchester United

“Saya dapat melihat diri saya (akan) tinggal di sini untuk (jangka) masa yang lama, seperti Sir Alex Ferguson di Manchester United.

“Saya telah menyesuaikan diri di bandar ini dan merasa seperti rumah saya. Jika anda tidak mendapat projek bola sepak dan bekerja disini, anda tidak akan bekerja dimana-mana lagi.

“Dalam pilihan lain, saya (juga) ingin mencuba pengalaman di tahap yang lebih tinggi (bersama kelab besar).

“(Namun) saya akan menetapkan had kepada apa yang saya mahu lakukan berbanding sebelum ini.

“(Sekarang) saya berada dalam keadaan yang istimewa. Mengeluarkan saya dari sini ianya tidak mudah (bagi saya).

Gasperini sebelum ini pernah menjadi pengurus di Inter pada tahun 2011. Beliau hanya mengendalikan 5 perlawanan dan kemudiannya dipecat.

Gasperini hanya menjadi pengurus Inter Milan dalam 5 perlawanan sebelum dipecat

Gasperini beralih ke Palermo dan seterusnya Genoa, namun beliau hanya menemui kejayaan sejak berpindah ke Atalanta pada musim 2016.

Membawa kelab ini meraih tempat ke-4 Serie A dan kini berada di pusingan ke-2 Liga Juara Eropah.

Adakah Atalanta adalah Leicester Itali?

Semua 6 pasukan besar Premier League berada di luar prestasi ketika Leicester menjadi juara

“Jika anda bertanya adakah Atalanta akan menjuara Serie A, saya akan jawab tidak.

“Terdapat jurang yang besar jumlah (wang) yang dibelanjakan oleh beberapa kelab berbanding kelab lain. Atalanta menjual (pemain), yang lain membeli (pemain).

“Ia bukan hanya masalah ekonomi. Sudah tentu saya menjadi orang pertama membuat taktik dan corak permainan, tetapi bukan (menentukan) saiz skuad.

“Leicester mempunyai kisah dongeng (menjuarai Premier League), tetapi mereka menang kerana semua kelab besar musim itu diluar prestasi. Kita perlukan situasi yang sama (untuk menang Serie A).

“Selama bertahun-tahun kami (hanya) mengambil 1 perlawanan pada 1 masa dan menyesuaikan objektif dari sana

“Di Liga Juara Eropah kami berada dalam kedudukan di mana kami mempunyai peluang untuk melangkah (ke suku akhir). Ia boleh menjadi (sesuatu) yang fantastik walaupun ia bukan jaminan (akan menang).

“Valencia adalah lawan yang sukar. Kami mempunyai peluang untuk melakarkan sejarah baru Atalanta. Ia akan menjadi impian (kami) untuk mara ke suku akhir.

“Jika kami diundi bertemu Barcelona atau Real Madrid, keputusannya sudah diketahui. Tetapi dengan Valencia ianya 50-50.

“Di Serie A, kali ini merupakan musim yang pelik. Kita memperolehi lebih banyak mata, tetapi mempunyai beberapa tempoh malang. Misalnya kehilangan Duvan Zapata kerana mengalami kecederaan yang serius.

“Saya ingin kekal di (pertandingan) eropah. Layak ke suku akhir bagi kami seperti memenangi Scudetto.”

Baca yang lain