Atalanta terpaksa menelan kekalahan pahit daripada Club Brugge dengan skor 1-3 dalam timbal balik play off kalah mati Liga Juara-Juara Eropah 2024/25.
Kekalahan ini semakin menyakitkan hati pengurus, Gian Piero Gasperini kerana Ademola Lookman gagal melaksanakan sepakan penalti yang boleh menjadi pencetus momentum kebangkitan pasukannya.
Gian Piero Gasperini tidak menyembunyikan kekecewaan dan kegeramannya terhadap prestasi Lookman. Beliau malah menyifatkan pemain dari Nigeria itu sebagai salah seorang pelaksana sepakan penalti terburuk yang pernah dilihatnya.
Mungkin ada benarnya, anda mungkin masih ingat ketika Lookman cuba melakukan panenka di Fulham yang memalukan dirinya.
Namun kisah itu dipadamkan oleh kebangkitan beliau di atas padang. Sehingga menjadi Pemain Terbaik Afrika 2024.
Ademola Lookman failed a ‘Panenka’ penalty for Fulham with his team down 3-2 in the 98th minute…
4 years on, and he’s the FIRST Player to score a hattrick in a Europa League Final and he’s about to win the CAF player of the year awards
Incredible.pic.twitter.com/6eJlJXJhL2
— 𝙅𝙤𝙝𝙣𝙣𝙮 (@utdjohnyy) December 16, 2024
Walaupun diakui diia pemain berbakat, namun Gasperini berpendapat pemain itu pengambil sepakan penalti paling teruk. Dan dia tidak seharusnya mengambil terus bola untuk dia ambil penalti sedangkan mereka sudah ada 2 pemain pelaksana penalti utama atas padang.
Kegagalan Lookman dalam melaksanakan sepakan penalti menjadi sorotan utama selepas Atalanta tersingkir daripada Liga Juara-Juara dengan agregat 2-5.
Gasperini juga menyorot insiden kad merah yang diterima kaptennya, Rafael Tolói, yang dinilai tidak profesional.
Ademola Lookman sebenarnya memberikan sedikit harapan bagi Atalanta dengan menjaringkan gol di awal babak kedua. Namun, harapan itu pupus selepas dia gagal melaksanakan sepakan penalti yang boleh mengubah perjalanan perlawanan.
Gasperini mengkritik keputusan Lookman untuk mengambil alih pelaksanaan sepakan penalti. Menurutnya, ada pemain lain seperti Charles De Ketelaere atau Mateo Retegui yang lebih layak mengambil tugas tersebut.
“Lookman sepatutnya tidak mengambil sepakan penalti itu. Dia salah seorang pelaksana sepakan penalti terburuk yang pernah saya lihat. Rekodnya pun buruk dalam latihan,” ujar Gasperini dalam sidang akhbar pasca perlawanan.
🚨🇳🇬 Gasperini: “Ademola Lookman is one of the worst penalty takers I’ve ever seen”.
“He wanted to take the penalty after scoring a goal, he took the ball despite Retegui and De Keteleare available to take it… I didn’t like what Lookman did”. pic.twitter.com/ieivtPMaL5
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) February 18, 2025
Lookman sudah tentunya bintang utama dalam pasukan Atalanta. Namun Gasperini benar benar berharap pemain itu tidak lagi mementingkan diri sendiri selepas ini.
Hal ini kerana, setiap pemain sudah ada peranan mereka masing masing dalam situasi tertentu di atas padang. Dan Lookman harus menghormatinya.
⏱️ 46' Lookman comes on 🔁
⏱️ 46' Lookman scores ⚽️
⏱️ 61' Lookman misses a penalty ❌Sorry Lookman 😮💨👇pic.twitter.com/qPS3zAPLou
— PND (@PeterNotDrury) February 19, 2025