Gasperini Pelengkap Kepada Percassi, Memacu Atalanta Bertaraf Domestik Ke ‘Continental’

Pada musim 2009/10 Atalanta tersingkir ke Seria B. Menamatkan musim di tangga ke-18 dengan hanya 35 mata, 7 mata dibelakang Bologna yang berada di tangga ke-17.

Tanggal pada Jun 2010, Antonio Percassi kembali menjadi presiden kelab. Percassi merupakan bekas pemain Atalanta dan juga seorang ahli perniagaan.

Sebagai bekas pemain bola sepak, kembali berperanan dengan bekas kelabnya ketika bergelar pemain merupakan satu keghairahan.

Salah satu sumbangan terbesar beliau ketika memimpin kelab ini adalah layak beraksi buat kali pertama di Liga Juara Eropah. Ia merupakan sejarah kelab.

Musim pertama Percassi sebagai presiden kelab, Atalanta terus mendapat promosi ke Serie A.

Adakah Atalanta dibina dengan kekuatan kewangan yang besar di bawah Percassi?

Tidak.

Falsafah kelab menunjukkan pasukan ini tidak mungkin mampu dibina dengan sumber kewanagan yang besar. Bukti pembelian dan penjualan pemain setiap musim juga membuktikan begitu.

Jika anda tidak mampu membeli pemain bintang, maka lahirkan pemain bintang

Tetapi Atalanta tetap meningkat dengan baik. Bagaimana ia berlaku?

Percassi bukan seorang presiden yang gemar menukar jurulatih. Stefano Culantuono diberi peluang hampir 5 musim bersama kelab ini, seterusnya diganti sementara oleh Eduardo Reja pada baki musim 2014/15 sehingga akhir musim 2015/16.

Pada awal musim 2016/17, Gian Piero Gasperini dilantik sebagai pengurus pasukan. Dan beliau kekal sehingga kini. Hanya 3 pengurus dibawah 10 tahun kepimpinan Percassi.

Sudah pasti Gasperini akan kekal lebih lama selepas berjaya membawa kelab ini ke pertandingan eropah.

Salah satu faktor kestabilan Atalanta adalah memberi ruang kepada ketua jurulatih dengan tempoh masa yang cukup.

Gian Piero Gasperini pelengkap kepada Percassi

Berikut adalah pencapaian Atalanta di bawah kepimpinan Percassi.

  • 2010/11: Juara, Serie B
  • 2011/12: ke-12, Serie A (Stefano Colantuono)
  • 2012/13: ke-15
  • 2013/14: ke-11
  • 2014/15: ke-17 (Stefano Colantuono/Eduardo Reja)
  • 2015/16: ke-13
  • 2016/17: ke-4 (Gian Piero Gasperini)
  • 2017/18: ke-7
  • 2018/19: ke-3
  • 2019/20: ke-5 sehingga hari ini

Pada musim pertama dibawah kejurulatihan Gasperini, Atalanta menamatkan musim di tangga ke-4. Bagaimanapun pada musim tersebut hanya 3 slot pasukan dari liga ini boleh ke Liga Juara Eropah.

Atalanta layak bermain di Liga Europa. Ia adalah penampilan pertama sejak 27 tahun lepas. Kali terakhir Atalanta muncul di Piala UEFA ialah pada musim 1990/91.

Pada musim ini Atalanta tampil buat kali pertama di Liga Juara Eropah. Ia berlaku dibawah pemilikan Percassi dan kejurulatihan Gasperini.

Lebih mengejutkan, Atalanta juga berjaya melepasi peringkat kumpulan walaupun tewas 3 kali pada 3 perlawanan awal sebelum mencatat 2 kemenangan 1 seri pada 3 perlawanan seterusnya.

Pemain penting dalam percaturan Gasperini sejak 2016/17

Seperti yang dinyatakan, Atalanta bukanlah sebuah kelab yang mampu membeli pemain yang mahal malahan juga tidak mampu mengekalkan pemain terbaiknya jika kelab besar berminat mendapatkan pemainnya.

Jadi siapakah pemain yang tinggal, menjadi tunjang pasukan ini membawa pasukan yang bertaraf domestik menjadi taraf eropah.

Jom kita lihat kronologi pemain Atalanta di bawah Gasperini

Pembelian Major:

  1. Alberto Paloschi (€6.7 juta/Swansea City)
  2. Bryan Cabezas (€2.5 juta/Independiente)
  3. Hans Hateboer (€1 juta/FC Gronigen)
  4. Ervin Zukanovic (€1 juta/AS Roma)
  5. Alessandro Santopadre (€1 juta/Perugia)

Penjualan Major:

  1. Mattia Caldara (€19 juta/Juventus)
  2. Marten De Roon (€10.5 juta/Middlesbrough)
  3. Davide Brivio (€4 juta/Genoa)
  4. Luca Cigarini (€3.5 juta/Sampdoria)
  5. Roberto Gagliardini (€2 juta/Inter Milan)

Urusan jual-beli pemain mencatat keuntungan €26.8 juta melibatkan 5 pembelian dan penjualan major. Marten De Roon yang hanya dibeli dengan harga €1.3 juta berjaya dijual dengan harga €10.5 juta.

Mathia Caldara walaupun dijual kepada Juventus dengan harga tinggi, Atalanta berjaya mengekalkan khidmatnya, dipinjamkan semula selepas pembelian.

Caldara menjadi sebahagian pemain penting ketika Atalanta menamatkan kedudukan ke-4 Serie A pada musim itu.

Caldara bersama Andrea Masiello dan Rafael Toloi membentuk pertahanan bertiga skuad Gasperini. Remo Freuler dan Franck Kessie pasangan di tengah dan Andre Petagna sebagai penyerang utama.

Petagna juga bukanlah seorang pemain yang dibeli dengan harga yang mahal oleh Atalanta, beliau cuma dibeli dengan harga cuma €1 juta dari AC Milan.

Kemudiannya pemain ini dijual dengan harga €12 juta kepada SPAL pada tahun 2019.

Alejandro Gomez menjadi nadi penting Gasperini sejak ketibaannya, Gomez digelar ‘Ronaldo kami’ oleh jurulatih tersebut

Alejandro Gomez merupakan pemain paling penting pada musim pertama Gasperini. Pemain yang boleh berperanan sebagai pemain pemain no.10 dan no.9 ini menyumbang 16 jaringan dan 10 bantuan sepanjang musim.

Pembelian Major:

  1. Marten De Roon (€13.5 juta/Middlesbrough)
  2. Timothy Castagne (€6.5 juta/KRC Genk)
  3. Fabio Eguelfi (€6 juta/Inter Milan)
  4. Josip Ilicic (€5.75 juta)
  5. Etrit Berisha (€5 juta)

Penjualan Major:

  1. Alessandro Bastoni (€31 juta/Inter Milan)
  2. Andrea Conti (€24 juta/AC Milan)
  3. Roberto Gagliardini (€20.5 juta/AC Milan)
  4. Franck Kessie (€8 juta/AC Milan)
  5. Alberto Paloschi (€2 juta/SPAL)

Prestasi memberangsangkan pada musim sebelumnya, menduduki tempat ke-4 Serie datang dengan kesan yang buruk kepada pasukan kecil seperti Atalanta.

Pertahanan muda berbakat Atalanta, Andrea Bastoni disambar oleh kelab gergasi Itali, Juventus dengan harga €31 juta. Sesuatu yang sukar untuk dipertahanan oleh Atalanta.

Atalanya perlu membayar dengan harga yang mahal apabila menampilkan prestasi terbaik pada musim sebelumnya.

3 pemain utama dan 1 pemain berbakat kelab menjadi tumpuan kelab besar dan mereka disambar.

Atalanta cuma menduduki tempat ke-7 Serie A, bagaimana pun masih layak bermain di Liga Ueropa tetapi tewas di pusingan kelayakan.

Alejandro Gomez masih mengekalkan status pemain penting dengan menyumbang 6 jaringan dan 10 bantuan, sementara itu pembelian Ilicic membuahkan hasil.

Pemain ini menyumbang 11 jaringan dan 8 bantuan, jauh lebih baik berbanding Jasmin Curtic yang menyumbang 6 jaringan dan 3 bantuan di posisi yang sama pada musim sebelumnya.

Pembelian Major:

  1. Duvan Zapata (€14 juta/Sampdoria)
  2. Davide Bettella (€7 juta/Inter Milan)
  3. Bryan Cristante (€5 juta/Benfica)
  4. Marco Tumminello (€5 juta/AS Roma)
  5. Marco Carraro (€5 juta/Inter Milan)

Penjualan Major:

  1. Jasmin Kurtic (€5.3 juta/SPAL)
  2. Bryan Cristante (€5 juta/AS Roma)
  3. Alberto Paloschi (€4 juta/SPAL)
  4. Andrea Petagna (€3 juta/SPAL)
  5. Andreas Cornelius (€1.4 juta/Bordeaux)

Selepas Ilicic berjaya menggantikan Kurtic, Kurtic dijual kepada SPAL. Pada musim ini juga menyaksikan 1 lagi pembelian Gasperini agak berjaya.

Petagna dijual ke SPAL, dan kelab membeli Zapata dari Sampdoria. Pemain ini terus mencatat 23 jaringan dan 7 bantuan gol.

Atalanta menunjukan peningkatan tertinggi sejak 1990 apabila mara ke final coppa italia sebelum tewas 0-2 kepada Lazio. Gasperini meraih tempat ke-3 Serie A dan pada musim ini melangkah ke pusingan kalah mati Liga Juara Eropah.

Atalanta untung besar dalam jual-beli pemain dan kekal menjadi lebih baik

Ketika Atalanta menamatkan musim dengan baik seperti musim 2016/17 dan 2018/19, kelab akan mencatat keuntungan besar apabila pemainnya menarik minat kelab besar.

Pada musim 2017/18 Atalanta berjaya meraih €85.5 juta hasil jualan pemain dan pada musim lepas meraih €94 juta. Sangat berbeza pada musim 2017/18 ketika Atalanta menduduki tempat ke-7 (€18.7 juta).

Pun begitu Percassi dan Gasperini masih mampu mengekalkan Atalanta kekal bermain di eropah walaupun mempunyai 2 musim kehilangan pemain utama.

Ketika ini Atalanta berada di tangga ke-5 dibelakang Juventus, Inter Milan, Lazio dan Napoli.

Ilicic menggantikan Kurtic dengan lebih baik, Zapata pula menakjubkan apabila mengambil alih tempat Petagna

Atalanta cuma ketinggalan 1 mata dibelakang Napoli. Sama ada Atalanta mampu merampas kedudukan ke-4 yang akan membolehkannya terus bermain di Liga Juara Eropah, atau kekal di kelompok 6 teratas, kedua-duanya merupakan slot pentas eropah.

Bezanya cuma Liga Juara Eropah dan Liga Ueropa.

Atalanta dibawah Gasperini telah bertukar menjadi kelab bertaraf domestik kepada continental khususnya sejak 2017.