Gavi Alami ACL, Terlepas Euro Dan Sukan Olimpik

Gavi bakal terlepas aksi Euro dan Sukan Olimpik yang akan datang kerana dia perlu berehat panjang selepas dilaporkan mengalami kecederaan ACL.

Berita ini tamparan hebat buat Sepanyol dan juga kelabnya Barcelona. Di mana Gavi merupakan pemain penting dalam skuad kebangsaan dan juga Xavi Hernandez di Barca.

Pada usianya yang sangay muda dia sudah bermain lebih 100 perlawanan untu Barca dan sudah bermain dalam kesemua aksi La Liga musim ini, kecuali 1 yang dia tak boleh bermain kerana digantung.\

Untuk skuad kebangsaan dia juga menjadi pemain penting. Sudah memiliki 26 kaps bersama La Roja sejak debutnya pada 2021.

Gavi dikeluarkan pada minit ke-27 ketika aksi menentang Georgia pada aksi kelayakan Euro. Di mana Sepanyol menang 3-1 dalam aksi tersebut.

Pemain berusia 19 tahun itu menangis ketika dikeluarkan dengan menahan kesakitan pada kakinyta. Dia juga sedar bahawa kempen dia musim ini sudah berakhir. Kecederaan ACL akan memaksa Gavi untuk berehat sekitar 6 ke 8 bulan untuk proses pemulihan.

Namun Gavi akan diperiksa sekali lagi di Barcelona untuk melihat tahap keseriusan kecederaannya. Media Sporst AS di Sepanyol menyatakan bahawa doktor pasukan kebangsaan Sepanyol dan Barcelona sudah melakukan ujian awal dan menegaskan bahawa kecederaan itu adalah ACL.

Gavi merupakan pemain yang dalam senarai untuk bermain di Euro dan juga Sukan Olimpik untuk Sepanyol. Kini dia sudah boleh melupakannya.

Barcelona turut perlu mencari solusi untuk mengisi kehilangan Gavi pada masa yang sangat lama itu dalam misi mereka mahu mempertahankan kejuaraan La Liga yang mereka menangi dan kempen UCL mereka.

Baca yang lain