GDS Dedah Bagaimana Lukaku Sidai Inter Yang Berusaha Membelinya

Gazetta Dello Sports (GDS) dari Itali melaporkan bahawa Inter Milan kena sidai seharian suntuk oleh Lukaku dan peguamnya semalam.

Membuatkan Inter benar benar bengang dengan pemain itu. Inter kemudian mendapat tahu, Lukaku dan peguamnya berunding dengan Juventus. Ketika Inter berusaha untuk membeli Lukaku secara tetap.

Ianya membuatkan Inter rasa dipermainkan. Kerana sebelum ini Inter sendiri kata dua untuk membeli Lukaku secara tetap. Namun selepas pemain itu merayu agar Inter membelinya, Inter mencari ikhtiar untuk mendapatkan Lukaku.

Sama seperti ketika Lukaku merengek mahu pulang ke Inter selepas hanya semusim di Chelsea. Lukaku ketika itu pernah terlibat wawancara kontroversi dengan Sky Itali mengutuk Thomas Tuchel dan dengan terbuka menyatakan dia sentiasa mahu kembali ke Inter.

Inter mendapatkan Lukaku secara pinjaman walaupun kosnya agak besar.

Dan musim ini Inter sekali lagi cuba memastikan Lukaku dapat menyertai mereka. Lukaku sebenarnya tidak menunjukkan prestasi terbaiknya musim lalu. Membuatkan ada lembaga pengarah dan peminat Inter yang berbelah bagi dengan pembeliannya.

Hierarki tertinggi Inter tetap berusaha mendapatkan Lukaku secara tetap. Namun mendengar Lukaku mengadakan rundingan di belakang mereka – dengan Juventus. Inter agak kecewa.

Lukaku sebelum ini memberikan mereka janji bahawa dia cuma mahu ke Inter sehingga menolak tawaran daripada AC Milan dan kelab dari Arab.

Inter sedang berusaha mengumpul dana untuk menuruti tanda harga €40 juta diminta Chelsea. Angka yang dikurangkan €5 juta berbanding beberapa minggu lalu.

Penjualan Onana antara yang akan membantu Inter mendapatkan Lukaku secara tetap. Kelab itu sedang dalam proses akhir menjual Onana ke Man United.

Malangnya, ejen Lukaku, Sebastien Ledure sedang berunding dengan Juve tentang perpindahan ke kelab itu, jika Juventus jadi menjual Dusan Vlahovic.

Ia membuatkan Inter rasa ditikam dari belakang. Ejen Lukaku tiba di Itali semalam. Inter awalnya menjangkakan dia akan berbincang denngan kelab itu. Tetapi ternyata segala panggilan telefon dari Inter tidak berjawab.

Inter sebenarnya mahu memberitahu ejennya bahawa Inter sedang berusaha untuk mendapatkan Lukaku, daripada penjualan Andre Onana.

Inter benar benar banyak berkorban untuk Lukaku. Ini termasuk mempertahankan pemain itu ketika dia diserang rasis di Itali.

Beberapa tahun lalu Lukaku pernah berjanji dia tak akan sesekali menyertai AC Milan atau Juventus kerana darahnya adalah Nerazzurri.

Hari ini Fabrizio Romano mengesahkan bahawa Inter mahu menamatkan usaha untuk membeli Lukaku. Mereka benar benar kecewa dengan pemain itu.

Lukaku masih tidak berada dalam perancangan pasukan Chelsea. Dan kini dalam proses mahu menyertai Juventus.

Chelsea tidak akan memanggil Lukaku menyertai mereka untuk sebarang aktiviti pra musim seperti dipersetujui sebelum ini – selepas Lukaku memberitahu Chelsea dia tak akan bermain untuk kelab itu lagi.

Polisi Chelsea adalah sama, pemain itu harus dijual. Mauricio Pochettino sendiri tak pernah bercakap dengan Lukaku. Dan dia sudah menganggap Lukaku memang sudah tidak ada dalam senarai projek Chelsea.