Genaplah 100 Tahun Band-Aid, Tercipta Daripada Kasih Suami Kepada Isteri

Tahun 2020 adalah ulangtahun ke – 100 salah satu ciptaan manusia yang sangat penting iaitu pelekat luka / band-aid ataupun benda yang kita semua panggil handy plast.

Ianya adalah satu inovasi daripada pekerja Johnson & Johnson, iaitu Earle Dickson.

Beliau menciptanya ketika di Highland Park, New Jersey. Dickson membuat handy plast Kerana kesian dengan isterinya yang selalu terluka kerana terkena pisau ketika melakukan kerja di dapur.

Jadi, Dickson mahu membantu memudahkan isterinya membalut luka dengan mudah. Maka dihasilkanlah pelekat luka itu.

Dalam satu mesyuarat Dickson telah mencadangkan idea itu kepada majikannya. Dan mereka menerima idea itu untuk dipasarkan.

Produk awal diberikan nama Band-Aid. Di Jerman, band pula merujuk kepada tape. Maka tak jauh sangat la bezanya.

Dickson melalui karier yang sangat gemilang bersama Johnson & Johnson. Dan besara pada 1957.

Band aid yang awal dulu adalah buatan tangan dan kurang popular. Kerana pengeluarannya kecil sahaja. Pada 1924, pengeluaran pada skala besar besaran dilakukan.

Ianya lebih baik dan diseteril untuk keluaran pada 1939.

Pada 1951 adalah pertama kali plaster luka ini ada corak. Dan mereka menempa lebih banyak kejayaan dengan adanya hiasan seperti Mickey Mouse, Donald Duck, Oliver & Company, Superman, Spider-Man, Rocket Power, Rugrats, smiley faces, Barbie, Dora the Explorer, Batman dan Duck Dynasty.

Pada perang dunia kedua, berjuta juta pelekat luka ini diedarkan dan dijual. Ianya menjadi semakin popular. Dan sehingga hari ini Johnson & Johnson meramalkan kira – kira 100 billion pelekat luka telah dijual.

Pada tahun 2020 maka genaplah 100 tahun usia benda ni yang banyak memberikan kebaikan dan membantu manusia dalam kehidupan seharian.

Segalanya bermula di rumah Dickson dan kerana sayangnya kepada isterinya.

Nanti korang boleh buat modal cerita ni kat bini korang tentang betapa baiknya seorang suami. Masa kerja pun masih teringat isterinya yang di dapur.

Baca yang lain