Geng Joget Keranda Buat Persembahan Di Tv3 Ghana

Sekumpulan penari keranda dari Ghana tiba tiba menjadi sensasi di internet. Inianya gara-gara video mereka digunakan dalam meme tarian keranda.

Video tersebut sudah lama, namun dibangkitkan semula oleh pengguna media sosial.

Boleh dikatakan, meme video tersebut telah menjadi antara perkara yang mengiburkan berbillion manusia di seluruh dunia yang dilockdown.

Korang mesti selalu tengok gambar di bawah ini kan?

Populariti mereka semakin meningkat apabila dijemput oleh TV3 di Ghana untuk membuat persembahan.

Inilah julung kalinya penari keranda membuat persembahan di dalam tv. Mereka turut meluangkan masa untuk sesi wawancara.

Program tersebut dihoskan oleh hos berpenharu Giovanni Caleb. Beliau bersembang dengan Benjamin Aidoo dan rakan-rakannya yang merupakan penari keranda.

Giovanini sempat mempelajari beberapa gerakan jurus tarian keranda sebelum sesi siaran langsung itu.

Mereka memasuki auditorium dengan menari keranda. Disebabkan oleh musim pandemik, maka mereka membuat persembahan dengan menggunakan topeng.

Menurut ketua kumpulan, Benjamin, mereka mendapat semakin banyak undangan selepas menjadi terkenal dek kerana penangan media sosial yang banyak menjadikan mereka sebagai meme video.

Ini lebih lebih lagi ketika lockdown di mana ramai yang meluangkan masa dengan telefon pintar dan akses kepada media sosial.

Sebelum ini mereka hanya mendapat undangan sekitar 5 ke 6 majlis pengkebumian sahaja. Mereka menawarkan pelbagai pakej termasuk pemilihan warna tema, biasanya hitam atau putih.

Mereka kini berhadapan kesukaran untuk memenuhi permintaan yang banyak itu.

Mereka menegaskan bahawa, tidak semestinya mereka akan melakukan tarian keranda. Itu adalah atas pilihan keluarga.

Pekerjaan utama mereka adalah mengusung keranda ke tanah perkuburan. Jika keluarga si mati mahu mereka menari, maka pakej lain akan dikenakan.

Tambah mereka lagi, caj yang mereka kenakan adalah dari 1,500 Ghana Cedi / sekitar RM1570 sehingga 2,500 Ghana Cedi / sekitar RM1,928.00.

Dan mereka juga mendapat permintaan daripada luar negara. Namun buat masa ini, bayaran yang dikenakan agak tinggi kerana musim wabak.

Mereka berjanji, selepas semua ini kembali normal, bayaran yang mereka kenakan pun akan kembali normal.

Mereka turut berkongsi beberapa pengalaman sepanjang menjalankan kerja tersebut termasuk mengusung si mati yang sangat besar.

Benjamin Aidoo juga menyatakan bahawa, semakin ramai mereka di Ghana menawarkan persembahan joget keranda ini selain daripada mengusung keranda.

Terdapat satu video di mana keranda terjatuh, dan Benjamin menegaskan itu bukan dari kumpulan mereka. Itu kumpulan orang lain.

https://youtu.be/4oY5OVp5VAg

Bukan senang nak buat kerja macam mereka ni. Selain itu, mereka juga mengakui di Ghana, ini bukannya budaya mereka. Di mana ketika adanya kematian, mereka pun macam kita juga, bersedih, bukannya berpoco-poco.

Korang boleh saksikan di sini persembahan tarian mereka:

Untuk korang yang nak tengok wawancara penuh, boleh layan bawah ni: