Geram Dengar Pemain Menentang Pengurus, Ultras Juventus Sokong Allegri

Ultras Juventus sebelum ini pernah mengkritik Max Allegri kerana gagal membimbing kelab itu dengan lebih baik.

Seterusnya terdapat laporan menyatakan bahawa Allegri berasa sangat selamat kerana kelab tidak sanggup membayar pampasan yang tinggi jika memecatnya. Hal ini kerana Juventus berdepan dengan masalah kewangan.

Prestasi Juventus pada musim ini sangat membimbangkan. Terbaru, Juventus menelan kekalahan memalukan di tangan Maccabi Haifa dalam aksi UCL.

Namun terdapat berita kurang enak. Di mana ada sekelompok pemain Juventus sebenarnya sudah tidak ada hati mahu bermain di bawah Allegri.

Mereka memboikot pengurus tersebut secara tidak langsung. Perkara itu turut disindir oleh Allgeri baru baru ini yang menegaskan bahawa ada pemain yang tidak cukup jiwa bermain untuk kelab itu.

Perkara itu sampai ke pengetahuan Ultras Juventus. Dan mereka kini menzahirkan sokongan kepada Max Allegri.

Satu banner khas digantung di hadapan stadium Allianz Juventus. Dengan bertulis: “Mister Allegri jangan letak jawatan! Kepada mereka yang menentang kamu adalah tidak layak menyarung jersi kelab ini.”

Seterusnya satu lagi banner meminta Agnelli berambus dari kelab mereka segera.

Banner itu bertulis: “Agnelli sila berambus!”

Mereka sudah bosan dengan Agnelli yang dilihat tidak mencari inisiatif lebih baik dalam membeli pemain. Walaupun kelab kelab lain ada krisis kewangan, namun mereka tetap mampu memberikan sokongan kepada pengurus mereka.

Hubungan penyokong Juventus dengan Agnelli mulai rosak selepas Agnelli berterusan menyokong projek Liga Super Eropah.

Allegri sebelum ini pernah meminta pemain pemainnya untuk menyerahkan seluruh jiwa dan raga mereka kepada pasukan.

Dia menyatakan bahawa, pasukan Juventus bukan bermasalah dari segi taktikal. Tetapi bermasalah dari segi komitmen para pemain.

Baca yang lain