Geram Tengok Aksi Step Over, Messi Sekolahkan Drenthe Cara Dribbling Sebenar, Makan Asap Member Tu Kena

Lionel Messi bukanlah jenis pemain bola yang sengaja mengaibkan lawannya seperti Neymar – tetapi ada la beberapa kali beliau melakukannya dengan aksi dribble yang padu.

Messi merupakan pemain yang memiliki enam ballon d’or dan seringkali diangkat sebagai pemain terbaik dalam sejarah dibandingkan dengan nama lain seperti Pele, Maradona, Cruyff, Ronaldinho, Ronaldo Il Fenomeno dan sudah tentunya Cristiano Ronaldo.

Beberapa tahun yang lalu, ataupun sedekad yang lalu, pada 2010 Barcelona bermain menentang pasukan dari Belanda, Hercules pada perlawanan pra-musim.

Messi ketika itu dalam peak yang sangat baik, baru naik menuju ke kemuncak prestasi.

Messi diturunkan dalam aksi berhadapan dengan kelab Belanda yang diwakili oleh Royston Drenthe yang dipinjam oleh Hercules dari Real Madrid.

Royston Drenthe merupakan salah seorang pemain yang suka menggelecek walaupun kadangkala tak kena tempatnya.

Dalam satu ketika dalam perlawanan itu, Drenthe melakukan scissor skill dengan step over. Namun malangnya, bola tertinggal di belakang ketika melakukan beberapa langkah.

Memang agak malu beliau dengan apa yang berlaku.

Lebih malang bagi Drenthe, apabila Messi merampas bola dari belakang dan mengambil nya. Messi menggelecek bintang belanda itu dengan la croqueta dan body feint ringkas tanpa perlu melakukan step over bagai.

Messi kemudian menggunakan satu chop dengan sungkitan ringkas untuk melepasi segitiga / trap yang dibina oleh pemain Hercules yang turut ada Royston Drenthe.

Lionel Messi kemudiannya meninggalkan pemain Belanda itu yang hanya mampu melihat sahaja dan makan asap Lionel Messi yang terus memacu laju meninggalkan mereka berapa tiang.

Ramai yang kagum dengan keupayaan Messi dalam video tersebut. Bagaimana Messi melakukan gelecekan dengan kaki yang pantas dan acceleration yang sangat pantas.

Saksikan di sini:

Drenthe tak suka Messi

Drenthe mengakui, bukan mudah nak berdepan Lionel Messi. Dan beliau tidak suka dengan Lionel Messi. Ini kerana Messi menurutnya bukan insan yang baik dan celupar serta rasis.

Drenthe menuduh messi memanggilnnya ‘neg*o’. Itu yang kerap membuatnya terganggu.

Bercakap kepada BBC pada 2012, bekas pemain Real Madrid itu berkata:

“Saya berkali-kali menentang [Messi] dan kami selalu bermasalah satu sama lain.”

“Anda tahu apa yang mengganggu saya begitu? Satu perkataan yang selalu dia katakan, ‘n ** ro, n ** ro’. Saya faham bahawa n ** ro di Amerika Selatan sangat biasa, tetapi kita tidak tahan.”

Barcelona menepis dakwaan Drenthe itu. Dengan menuduh pemain itu membuat tuduhan tidak berasas. Malah Barcelona menyatakan Messi merupakan pemain yang baik dan bukan rasis.

Baca yang lain