Gesa Orang Kulit Hitam & Perang Jangan Berkabung, Trevor Sinclair Disuruh Balik Afrika

talkSPORT telah mengesahkan bahawa Trevor Sinclair telah digantung daripada tugasannya oleh saluran itu, selepas siaran media sosialnya yang kontroversi mengenai mendiang Ratu.

Bola sepak terutama sekali di England, memberi penghormatan kepada Ratu pada malam Khamis, apabila mengadakan upacara senyap beberapa minit tanda penghormatan. Misalnya dalam aksi melibatkan Manchester United, Arsenal dan perlawanan melibatkan West Ham dalam Pertandingan Eropah, dengan peminat Hammers memilih untuk menyanyi God Save The Queen sebagai penghormatan melalui mereka.

Walau bagaimanapun, ketika penghormatan seperti itu berlaku di atas padang, bekas pemain West Ham Sinclair telah melayari media sosial dengan satu kiriman yang mengejutkan kebanyakan orang yang melihatnya. Di mana Trevor Sinclair seolah olah menuduh Ratu Elizabeth II sebagai rasis.

Bekas pemain bola sepak itu menjadi pundit, mengambil telefon pintarnya dan menulis di Twitter, berkata, “Perkauman telah diharamkan di England pada tahun 60-an, dan ia telah dibenarkan untuk membiak, jadi mengapa perlu [orang kulit] hitam & coklat berkabung!”

Peminat bola sepak tidak berpuas hati dengan pemain berusia 49 tahun itu, mengutuk postnya dalam ruangan balasan, sehingga dia akhirnya terpaksa memadamkan tweet itu.

Mereka menganggap Sinclair sebagai tak sensitif dan bersifat anti Monarki.

Salah seorang pengikut Trevor Sinclair berkata, dia seharusnya menyimpan dahulu pandangannya itu buat masa ini. Kerana UK sedang berduka.

Ada yang mengingatkan Sinclair bahawa, dasar monarki England telah membuka ruang kepada orang kulit hitam bermastautin dan menjadi rakyat UK pada satu ketika dulu membuatkan dia menjadi rakyat UK pada hari ini.

Ada yang turut meminta Trevor Sinclair balik ke Afrika jika dia benar benar anti Monarki UK.

talkSPORT telah mengesahkan bahawa mereka telah menggantung bekas bintang Manchester City itu, sementara mereka terus menyiasat apa yang dikatakannya.

“Trevor Sinclair tidak akan ke udara sementara kami menjalankan siasatan menyeluruh terhadap keadaan dan masa tweetnya,” kata kenyataan yang disiarkan di media sosial.

“Walaupun kami menghormati hak Trevor Sinclair untuk menyatakan pendapatnya mengenai akaun twitter peribadinya, talkSPORT tidak menyokong tweet itu.”

Sebelum ini, selepas catatan awal Sinclair, stesen itu berkata mereka cuba menghubungi pundit mereka itu, dengan berkata: “Kami telah cuba menghubungi Trevor Sinclair berikutan pendapat yang dinyatakan di akaun Twitternya.”

“talkSPORT tidak menyokong pandangan yang dinyatakan dan sedang menyiasat perkara itu.”

Dan rakan sekerja bekas pemain itu, Simon Jordan adalah antara mereka yang mengkritik bekas pemain antarabangsa England itu, membalas tweet yang menyinggung perasaan itu, “Trev saya benar-benar tidak pasti adakah itu pemikiran yang sesuai, apatah lagi untuk ditweet.”

“Negara ini telah kehilangan orang yang sangat penting dan rasa hormat dan nilai harus menjadi sentimen utama bukan perpecahan!”

Sinclair kemudian menyatakan dia meminta maaf kepada sesiapa yang berkabung dan tersinggung dengan kenyataannya.

Dia menulis: “Tweet saya semalam pada masa yang sakit, ketika kerabat diraja, serta ramai orang di seluruh dunia berduka untuk Ratu. Saya minta maaf atas segala tindakan yang menyinggung perasaa mereka yang berkabung untuk Ratu.”

Baca yang lain