Getafe Buat Laporan, Jude Bellingham Singgung Perasaan Greenwood Sebagai Perog*l

Bintang Real Madrid, Jude Bellingham adalah kunci kemenangan pasukannya ke atas Getafe. Di mana Los Blancos menang 2-0.

Real Madrid terpaksa menyaksikan Aurelien Tchouameni menerima kuning kelimanya secara terkumpul dan penggantungan untuk perlawanan derby Madrid pada hari Ahad.

Dan satu lagi masalah timbul melibatkan Jude Bellingham. Rakaman semasa aksi derbi itu menyaksikan Bellingham mengatakan sesuatu yang menyinggung perasaan Mason Greenwood.

Dia telah terlibat dalam duel dengan pemain pijaman dari Manchester United. Kedua duanya kemudian agak tegang.

Semasa kamera mengezum ke arahnya, dia didakwa memanggil Greenwood sebagai ‘perog*l sial’.

Cadena SER mengatakan bahawa Getafe telah melaporkan insiden itu kepada RFEF, dan telah meminta pengadil Ricardo de Burgos Bengoetxea untuk memasukkannya dalam laporan perlawanannya.

Itu kemudiannya akan mendedahkan Bellingham kepada proses disiplin. Dan pemain itu berdepan hukuman penggantungan.

Jika didapati bersalah, dia boleh dikenakan tindakan. Namun laporan Marca menyebut, amat sukar untuk membuktikan Bellingham bersalah.

Kerana ianya bergantung semata mata kepada pembacaan gerak bibir.

Greenwood menghabiskan 18 bulan di luar padang dan tidak dapat bermain selepas dia dituduh oleh pasangannya semasa melakukan serangan seksual, cubaan merog*l dan keganasan rumah tangga.

Dan ramai mengaitkan tindakan Bellingham itu dalah berasaskan perkara itu.

Tetapi kes mahkamah itu kemudian digugurkan atas persetujuan mangsa. Kerana teman wanitanya, yang menjadi kepada anaknya sekarang menarik balik pertuduhan itu, membuatkan pihak pendakwaan tanpa saksi utama mereka.

Jude Bellingham telah menjadi pembelian yang sangat berbaloi untuk Real Madrid musim ini. Dia telah memacu Real Madrid di dalam persaingan liga.

Ramai peminat Real Madrid kecewa kerana ternyata ada pihak boleh meluangkan masa cuba membaca gerak bibir apa yang dikatakan Bellingham, namun memekakkan telinga ke atas ejekan sorakan rasis ke atas Vini dalam perlawanan tersebut.

Mason Greenwood musim ini dipinjamkan ke Getafe, sebagai salah satu usaha United menjauhkan seketika pemain itu dari kelab untuk meredakan tekanan.

Greenwood bagaimanapun masih akan kembali ke United selepas tamat tempoh pinjaman ini. Namun masih tak pasti sama ada dia akan ada masa depan dalam skuad Erik Ten Hag.