Gibraltar kecewa dengan tindakan Rodri yang menurut mereka telah menyentuh isu politik dalam keraian pasukan Sepanyol yang meraikan kejuaraan Euro 2024.
Rodri mengejutkan rakannya sendiri Alvaro Morata yang sempat mengingatkan pemain itu bahawa dia sebenarnya bermain di England.
Dalam chant keraiannya, Rodri berkata: “Gibraltar adalah Sepanyol.”
Rakyat Gibraltar tidak pernah memilih untuk diperintah oleh Sepanyol. Sebaliknya Gibraltar bernaung di bawah British.
The Gibraltar FA have made an official complaint to UEFA after Spain players sang “Gibraltar is Spanish” following their Euros win on Sunday night.
The Gibraltar FA have described it as “insulting”.
Gibraltar has been British territory for just almost 320 years. pic.twitter.com/tnR87OBd2L
— Football Away Days (@FBAwayDays) July 16, 2024
Sehingga ke hari ini suara ramai rakyat Gibraltar lebih memilih untuk bernaung di bawah Britain berbanding dengan Sepanyol.
Oleh sebab itu Morata mengingatkan Rodri bahawa chant dia itu akan boleh mengundang masalah kepadanya.
Namun Rodri bingkas membalas: “Saya tidak peduli” dan meneruskan lagi nyanyiannya.
Rodri: Gibraltar is Spanish.
Morata: You play in England, mate.
Rodri: I couldn’t care less. pic.twitter.com/cfgClNDBto
— Zach Lowy (@ZachLowy) July 15, 2024
Kerajaan Gibraltar benar benar kecewa dengan Rodri. Kerana Gibraltar merupakan wilayah di bawah naungan British sejak 1713. Dalam kenyataan rasmi kerajaan negara tersebut menulis:
“Pihak kerajaan Gibraltar benar benar kecewa mendapat tahu ada beberapa pemain Sepanyol yang meraikan kejayaan memenangi piala dengan menyentuh tentang negara Gibraltar.
“Ini benar benar tidak perlu sama sekali untuk mencampur adukan sukan hebat ini dengan kenyataan politik berbaur diskriminasi dan meyinggung perasaan rakyat Gibraltar.
“Menggunakan pentas keraian kejuaraan Euro untuk menyebarkan kefahaman tentang wilayah Gibraltar adalah bertentangan dengan prinsip sukan ini. Di mana sukan tidak sepatutnya menjadi tempat untuk menunjukkan fahaman politik dan ideologi yang kotroversi.”
FA Gibraltar kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan membuat aduan rasmi kepada UEFA berkenaan perkara itu.
Kenyataan itu berbunyi: “Gibraltar FA akan membuat aduan rasmi kepada UEFA selepas sambutan Euro 2024 Pasukan Kebangsaan Sepanyol.
“Gibraltar FA telah menyatakan sambutan yang sangat provokatif dan menghina ketika pasukan kebangsaan Lelaki Sepanyol memenangi Euro 2024.
“Persatuan bola sepak kami pada pagi ini menerima nasihat mengenai pemfailan aduan kepada badan induk Bola Sepak Eropah, UEFA, berhubung nyanyian dan lagu yang tidak boleh diterima, berkaitan Gibraltar, yang dinyanyikan oleh pemain Pasukan Kebangsaan Lelaki Sepanyol selepas memenangi Euro 2024.
“Bola sepak tidak ada tempat untuk tingkah laku seperti ini.”