Giggs Mahu Wales Jadi Macam Liverpool

Legenda Manchester United, Ryan Giggs mengenepikan soal perseteruan di antara United dan Liverpool; di mana beliau berterus terang bahawa beliau menjadikan Liverpool sebagai rujukan dalam pembentukan pasukan.

Giggs turut mengakui Liverpool skuad yang luar biasa musim ini dan sangat berharap akan dapat menjadikan pasukan kendaliannya, pasukan kebangsaan Wales seperti Liverpool.

Giggs kagum dengan bola sepak dipamerkan Liverpool di bawah kendalian Jurgen Klopp. Ini ditambah dengan konsisten oleh skuad The Reds.

Dengan saingan liga kembali bersambung pada 17 Jun, The Reds semakin pasti menamatkan kemarau 30 tahun kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Di mana Ryan Giggs yakin Liverpool akan melakukannya.

Bercakap kepada Sky Sports, Giggs berkata: “Saya berpendapat, apa yang dapat kita lihat Liverpool adalah sebuah pasukan fantastik, dikendalikan pengurus yang hebat, Jurgen Klopp.”

“Saya pasti kata-kata ini sakit untuk saya luahkan danmenyakitkan penyokong United tetapi jelas mereka sangat luar biasa pada musim ini.”

“Mereka akan menjuarai liga musim ini dan berhak meraikannya. Liverpool menikmati dua musim cemerlang sebenarnya. Di mana musim lepas mereka memberikan tekanan kepada Man City sehingga ke perlawanan terakhir.”

“Mereka juga pasukan menarik untuk disaksikan.”

“Dan ada beberapa perkara yang ada pada Liverpool saya mahu terapkan dalam pasukan kebangsaan Wales.”

Ditanya tentang pandangan beliau tentang United, Giggs berharap pasukannya itu akan dapat merapatkan jurang kualiti dengan Liverpool.

“Saya berharap United dapat merapatkan jurang dan mengejar mereka. Tetapi anda pelu memberikan kredit kepada yang sepatutnya. Dan Liverpool memang fantastik musim ini.”

Ryan Giggs sebelum ini pernah menguruskan Man United sebagai interim dan berbakti untuk kelab itu sebagai staf kejurulatihan selepas tamat kariernya sebagai pemain.

Beliau juga penah menjadi pembantu Louis Van Gaal. Karisma yang ada padanya membuatkan Wales telah mendapatkan khidmatnya untuk menjadi pengurus pasukan kebangsaan mereka.

Baca yang lain