Di Bulgaria, pengadil VAR kantoi sedang meletakkan pertaruhan menerusi aplikasi pertaruhan di telefon pintar.
Kejadian itu benar benar mengejutkan peminat bola sepak. Ianya berlaku ketika aksi CSKA Sofia vs Lokomotiv Sofia.
Di mana CSKA Sofia menang tipis 1-0 dalam perlawanan tersebut.
Walaupun aksi Liga Bulgaria terasing daripada perhatian dunia. Namun minggu ini ianya tiba tiba menjadi perhatian peminat atas alasan yang tidak diingini.
Pengadil VAR mereka kelihatan membuka aplikasi pertaruhan terkenal di Eropah dan sedang meletakkan wang pertaruhannya.
Insiden itu tertangkap kamera ketika siaran langsung.
Bertaruh atau berjudi di kalangan pengadil adalah diharamkan sama sekali di mana mana liga seluruh dunia.
Terutama sekali melibatkan liga yang diadili oleh mereka sendiri.
Jika didapati bersalah, pengadil tersebut berdepan hukuman berat. Ini termasuk penggantungan seumur hidup.
Tribuna melaporkan bahawa, buat masa ini, masih belum ada kenyataan rasmi daripada pihak pengadil itu atau FA Bulgaria.
Apa yang pasti imej tersebut telah tular di seluruh dunia.
Sebelum ini beberapa pemain ternama pernah kantoi berjudi dan berdepan penggantungan berat.
Misalnya di EPL, Ivan Toney dan Tonali antara pemain yang dihukum berbulan bulan lamanya kerana berjudi atas talian.
Lucas Paqueta pernah kehilangan peluang menyertai Man City setelah dia disiasat kerana kes perjudian di Brazil. Kes tersebut masih dalam siasatan.
Dia disyaki sengaja mempengaruhi keputusan perjudian dengan melakukan kesalahan kad kuning untuk membolehkan saudara mara dan rakan rakannya di Brazil menang pertaruhan.