Gila! Pengadil Tarik Gol Abraham Gantikannya Dengan Penalti, Dan Tak Masuk

Jose Mourinho kelihatan bengang ketika pengadil tidak memberikan sahaja gol kepada AS Roma dan memutuskan untuk memberikan penalti.

Tammy Abraham sudah menjaringkan gol tersebut, walaupun ada kekasaran pada Henrikh Mkhitaryan.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila AS Roma gagal mnenyempurnakan penalti tersebut.

Insiden itu berlaku ketika AS Roma berdepan dengan Juventus. Di mana Roma ketinggalan 0-1 hasil jaringan Moise Kean.

Tammy Abraham melakukan gelecekan ke dalam kotak penalti dan kehilangan bola. Mkhitaryan pula datang menyambar bola itu.

Bola kemudian berada benar benar di depan Tammy Abraham yang merembat masuk.

Terdapat kekasaran dari Wojciech Szczesny ke atas seorang lagi bekas pemain Arsenal itu. Dan ramai merasakan bahawa foul itu tidak seharusnya diberikan dan advantage sepatutnya diberikan kepada Roma.

Namun pengadil Daniele Orsato memutuskan bahawa penalti harus diambil. Pakar sepakan penalti, Jordan Veretout sebelum ini melakukan 13 sepakan penalti terakhir dan kesemuanya masuk.

Malangnya kali ini bola sepakannya diselamatkan oleh Szczesny, yang melayangkan badannya ke kiri dan menepis bola.

Peminat Roma sangat bengang. Di media sosial mereka mempersoalkan keputusan pengadil yang dianggap sebagai meragukan dan tidak masuk akal.

AS Roma menelan kekalahan ketiga mereka musim ini. Dan semakin jauh daripada pendahulu, Napoli.

Sementara itu Juventus terus mendaki carta liga dalam usaha mereka mahu merampas semula Serie A yang dijuarai oleh Inter Milan musim lalu.

Wartawan bertanya tentang insiden penalti dan layanan buruk penyokong Juventus ke atas Mourinho yang dianggap pengurus paling mereka benci.

Selepas tamat perlawanan Mourinho berkata: “Saya tak akan bercakap tentang pengadil. Saya biarkan pakar pakar yang mengadilinya. Penghinaan [dari penyokong Juve]? Mungkin di luar mereka akan mengajak saya bergambar dan meminta tandatangan.”

“Di dalam stadium adalah perkara yang berbeza. Ianya sangat bagus sekali melihat bola sepak sebenar kembali semula dengan adanya penyokong dalam stadium.”

Bercakap kepada DAZN, Mourinho menyatakan bahawa AS Roma lebih layak untuk menang berbanding Juve.

“Saya hanya melihat aksi luar biasa Roma hari ini, itu yang saya beritahu kepada pemain pemain saya di bilik persalinan.”

“Jelas sekali kita akan bercakap, kalau kau dah kalah, maka kau 0 mata. Namun apa yang saya nak cakap di sini, AS Roma serba serbi bagus di semua aspek. Syabas kepada pasukan yang membentuk organsisasi, kerja keras, kepada pemain yang beraksi berdepan dengan aksi fizikal, selepas kehilangan beberapa pemain selepas aksi antarabangsa.”

“Saya melihat keinginan, keyakinan, kepercayaan. Jelas sekali kekalahan tetap kekalahan, namun jika kita melihat projek ini, bermakna kita melihat ianya dari segi pembangunan pasukan dari semasa ke semasa.”

Bercakap tentang pengadil.

“Dia memberikan hanya 3 minit masa kecederaan, jelas menunjukkan niatnya. Insiden penalti itu, saya tak nak komen. Saya tak ada informasi lagi tentangnya di tangan saya. Saya tak tengok ulang tayang lagi. Saya nak jauhkan diri saya daripada memberikan komen tentang insiden itu dan fokus kepada apa yang pemain pemain saya lakukan.”

“Kesemua kata kata yang saya dengar daripada pihak Juventus di terowong dan bilik persalinan, harap mereka sebut benda yang pada umum juga. Mereka tahu betapa mereka bergelut berdepan dengan kami.”

“Saya menang beberapa kali di stadium ini walaupun pasukan saya tak bermain bagus. Hari ini kita kalah walaupun bermain sangat bagus, memberikan isyarat bahawa segalanya berada di landasan yang tepat.”

Ditanya sama ada tindakan Abraham yang meminta mengambil sepakan penalti itu telah meletakkan tekanan kepada Veretout?

Mourinho berkata: “Abaraham yakin dia boleh ambil dan skor, namun kami ada hierarki untuk penalti. Tammy di belakang Veretout dan Pellegrini.”

“Jika Jordan kata ya, maka dia akan ambil. Itu tiada masalah untuk saya.”

“Saya dan ingatkan pemain pemain saya bahawa ini akan menjadi perlawanan di mana kamu bukan pasukan pilihan. Jangan pulang dari sini dengan kehampaan. Kami bermain bagus, meneutralkan serangan balas mereka dan merantai sepenuhnya Chiesa dan Cuadrado.”

“Kami menggerakkan bola dari dalam, namun apabila berdepan dengan pasukan yang ada dua profesor (Chiellini and Bonucci) itu bukan mudah.”

Mourinho sebelum ini pernah menyatakan, jika ada universiti yang mengajar subjek bertahan dalam bola sepak, maka Chiellini dan Bonucci adalah profesornya.

Mourinho menyambung: “Ini bukan aksi yang mudah, namun kami masih tidak mampu untuk memenanginya. Saya mengucapkan syabas kepada pemain pemain saya, keputusan perlawanan, saya hampir je nak menyumpah bila mengenangkannya. Namun saya mengucapkan tahniah kepada kesemua pemain saya.”

Saksikan insiden pelik melibatkan AS Roma itu di sini:

 

Baca yang lain