Xabi Alonso kini dianggap sebagai salah seorang pengurus muda paling berkebolehan di Eropah. Dia membawa Bayer Leverkusen berubah menjadi pasukan yang sangat bertaktikal dan kuat.
Sistem bola sepak yang diterapkannya benar benar membuatkan ramai tepersona. Tahukah anda, Jose Mourinho sebenarnya sudah lama meramalkan Alonso akan menjadi pengurus luar biasa.
Ini kerana Mourinho melihat Alonso sebagai pemain sebelum ini, dia seorang pembaca permainan yang luar biasa. Pengetahuannya ke atas bola sepak sudah teserlah sejak bergelar pemain lagi.
Xabi Alonso sebelum ini memulakan karier pengurusan dengan Real Madrid B kemudian Real Sociedad B. Dan dia terus menjadi perhatian dunia kerana bakat dan kebolehannya. Namun Alonso memilih untuk menerima tawaran Bayer Leverkusen. Kerana dia tidak mahu terburu buru menerima tawaran lebih besar.
Pada ketika ini, setelah 10 perlawanan, Bayer Leverkusen tak kalah lagi. 10 kemenangan 1 seri, di puncak Bundesliga di atas Bayern Munich.
Mereka bermain salah satu bola sepak terbaik di eropah dari segi taktikal. Alonso mendapat banyak kredit dan pujian di atas kemampuannya menerapkan falsafah bola sepak dan gaya permainan yang efektif.
Mourinho pula sudah lama melihat potensi dan bakat Alonso. Di mana sebelum ini Mourinho berkata: “Dengan Xabi Alonso, kamu sentiasa nampak kriteria pengurus ada pada dirinya. Sama seperti saya.”
“Ayah dia bekas pemain biola sepak. Dia membesar dengan ayahnya, Periko, yang kemudian menjadi pengurus selepas itu. Dan kenudian Alonso sendiri menjadi pemain bola sepak, sudah tentunya, dia pemain yang jauh lebih baik daripada saya.”
“Ilmu pengetahuannya tentang bola sepak sangat tinggi. Dia pernah bermain di Sepanyol, di England dan Jerman. Dia dilatih oleh Pep Guardiola di Bayern Munich, dilatih saya sendiri di Real Madrid, dilatih Carlo Ancelotti di Real Madrid dan Rafa Benitez di Liverpool.”
https://youtu.be/dDoCACB_-1Q
“Jika, jika kamu gabungkan semua perkara ini, saya akan cakap Xabi Alonso ada segala kriteria untuk menjadi pengurus atau jurulatih yang sangat bagus.”
Mourinho juga menganggap Xabi Alonso mengingatkannya kepada Pep Guardiola dari segi pemikiran bola sepaknya. Dia menyatakan perkara itu pada 2010 lagi di laman rasmi FIFA.
“Dia ada kualiti yang metronom yang kamu sebagai pengurus harus ada. Saya yakin apabila dia menggantung bootnya kelak, dia akan menjadi pengurus hebat jika dia mahu menjadi pengurus. Dia mengingatkan saya kepada Pep Guardiola ketika saya menguruskannya sebagai pemain. Pada masa itu dia sudah pun menjadi jurulatih ketika bermain di atas padang.”
Xabi Alonso sebelum ini mendedahkan bahawa dia memang banyak belajar ilmu bola sepak dan pengurusan daripada pengurus yang dia bermain.
“Saya banyak belajar daripada semua jurulatih yang melatih saya dan mengtransformasikan diri saya kepada personaliti saya sendiri sebagai pengurus.”
“Rafa Benitez mengajar saya bola sepak, taktikal, bagaimana kamu membantu pemain, memberitahu mereka apa yang mereka harus lakukan.”
“Pep Guadiola memberitahu saya: ‘Ayuh bermain seperti ini dan ini hasilnya’. Dia sangat bagus dalam memberitahu idea permainannya.”
“Daripada Mourinho saya akan gariskan kekuatan dan kepintarannya dalam berkomunikasi. Daripada Luis Aragones saya belajar untuk meyakinkan orang dan kemampuan untuk memberitahu apa yang saya mahukan. Del Bosque mengajar saya agar tidak terlalu bimbang terhadap benda yang kamu risaukan.”
“Ancelotti sangat menonjol dalam mengubah permainan menjadi lebih baik dan apa yang kami harus lakukan.”
“Mourinho pengurus yang akan berjuang untuk mereka yang dekat dengannya dan mempertahankan mereka. Dia suka menuntut daripada pemain sama seperti dia menuntut daripada diri sendiri. Pengurus yang memiliki nilai karakter yang sangat kuat.”
“Dia adalah pengurus yang sangat penting ketika dia tiba. Kami sangat kesal gagal memenangi UCL bersama beliau namun kami mara ke 3 separuh akhir UCL bersamanya.”
“Jose salah seorang pengurus terbaik yang saya pernah ada. Saya kagum dengan cara dia membaca permainan dan kemampuannya memberikan respon berdasarkan keperluan tertentu.