Giliran Itali Umumkan Skuad 31 Pemain, Zaniolo Kembali, Pemain 16 Tahun Udinese Turut Dipanggil

Itali  telah mengumumkan skuad 31 pemainnya untuk aksi antarabangsa mereka.

Roberto membuat panggilan kebangsaan kali ini tugasan perlawanan persahabatan Itali dengan Albania dan Austria akan datang.

Pasukan Azzurri akan menentang Albania pada 16 November sebelum bertandang ke Vienna untuk menentang Austria pada 20 November.

Mancini memberikan peluang kepada skuad Itali untuk berkumpul dalam kem kebangsaan walaupun gagal melayakkan diri ke Piala Dunia di Qatar akan datang.

Ketiadaan pasukan Azzurri dalam kejohanan itu semakin perit untuk diterima peminat Itali. Kerana ini adalah kali kedua berturut turut Itali gagal bermain di aksi Piala Dunia.

Dalam panggilan kebangsaan kali ini, pemain muda Juventus Nicolo Fagioli dan Fabio Miretti telah menerima panggilan itu berikutan permulaan kukuh mereka pada musim ini.

Nicolo Zaniolo juga kembali ke dalam skuad. Bakat muda dari Udinese yang berusia 16 tahun Simone Pafundi juga akan menyertai pasukan senior buat kali pertama.

Mancini kini sedang berusaha untuk merombak skuad Itali, membawa masuk generasi baharu pemain menjelang kejohanan utama Azzurri seterusnya, berkemungkinan Euro 2024 di Jerman.

Di bawah ialah skuad 31 pemain Itali yang dipanggil oleh Mancini

Penjaga gol: Gianluigi Donnarumma (Paris Saint Germain), Alex Meret (Napoli), Ivan Provedel (Lazio), Guglielmo Vicario (Empoli);

Pertahanan: Francesco Acerbi (Inter), Alessandro Bastoni (Inter), Leonardo Bonucci (Juventus), Giovanni Di Lorenzo (Napoli), Federico Dimarco (Inter), Emerson Palmieri (West Ham), Federico Gatti (Juventus), Pasquale Mazzocchi (Salernitana ), Giorgio Scalvini (Atalanta), Rafael Toloi (Atalanta);

Pemain tengah: Nicolò Barella (Inter), Bryan Cristante (Roma), Nicolò Fagioli (Juventus), Davide Frattesi (Sassuolo), Fabio Miretti (Juventus), Matteo Pessina (Monza), Samuele Ricci (Torino), Sandro Tonali (Milan), Marco Verratti (Paris Saint-Germain);

Penyerang: Federico Chiesa (Juventus), Wilfried Gnonto (Leeds), Vincenzo Grifo (Freiburg), Simone Pafundi (Udinese), Matteo Politano (Napoli), Giacomo Raspadori (Napoli), Gianluca Scamacca (West Ham), Nicolò Zaniolo (Rom) .

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai