Presiden Barcelona, Joan Laporta mengumumkan bahawa Xavi dipecat daripada Barcelona. Kelab mengucapkan terima kasih kepada Xavi atas kerjanya sebagai jurulatih, yang menambahkan lagi legasinya setelah bergelar pemain yang luar biasa pada eranya bersama gergasi Catalan itu.
“Xavi akan mengendalikan perlawanan Ahad menentang Sevilla dalam perlawanan terakhirnya sebagai jurulatih. Dalam beberapa hari akan datang, Barcelona akan mendedahkan struktur kejurulatihan baharu untuk kakitangan pasukan utama.”
🚨🔵🔴 BREAKING: Xavi has been sacked, also directly informed today by Barcelona president Joan Laporta.
Hansi Flick, set to become new Barça head coach soon. 🇩🇪 pic.twitter.com/srnzInY9JO
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) May 24, 2024
Xavi Hernández dilantik sebagai pengurus Barcelona pada 2021, tetapi kini bersedia untuk meninggalkan kelab yang dia buat lebih daripada 700 penampilan sebagai pemain.
Hansi Flick, 59, yang masih dalam tempoh menganggur kini menjadi sasaran utama Barcelona. Laporan dari BILD sebelum ini menyatakan Flick tidak mahu bercakap dengan mana mana kelab lain kerana menunggu tawaran Barcelona.
Selain Flick, pengurus Barça B, Rafa Márquez dan bekas pengurus Bayern Munich yang baru dilepaskan, Thomas Tuchel juga dipertimbangkan. Namun buat masa ini Flick dianggap calon utama.
Xavi mengumumkan pada Januari dia akan berundur pada penghujung musim, walaupun dia melakukan pusingan U pada April, mendedahkan dia akan kekal dan memenuhi kontraknya seperti mana dikehendaki oleh kelab.
Keputusan itu dicapai selepas pertemuan dengan Laporta, tetapi presiden Barça itu telah mengubah fikirannya dan memutuskan untuk menukar angin.
Laporta dilaporkan tidak gembira dengan kenyataan yang dibuat oleh Xavi minggu lalu mengenai masalah kewangan yang dihadapi kelab itu dalam pasaran perpindahan. Sambil Xavi menyatakan adalah sukar untuk bersaing dengan Real Madrid jika Barcelona terus berada dalam kedudukan kewangan ketika ini.
Komen itu benar benar mengecewakan Laporta terutama sekali Xavi seolah olah memuji struktur pasukan seteru tradisi mereka itu.
Kemudian ada laporan dari Sepanyol menyebut bahawa Laporta memang tidak pernah sepenuhnya percaya dengan Xavi Hernandez. Dia cuma memilih Xavi kerana pengurus itu merupakan calon terbaik mereka ada dalam situasi kewangan semasa kelab. Xavi yang jiwanya kuat dengan Barca boleh bekerja dengan banyak kelemahan Barca.
Xavi malah membenarkan Laporta campur tangan sepenuhnya dalam jual beli pemain. Atas alasan ianya membantu kewangan kelab.
Walaupun bergelut dengan pelbagai masalah, Xavi masih mampu membantu Barca menjuarai La Liga pada dua musim lalu. Gelara liga pertama mereka sejak 2019.
Xavi malah sebelum ini sedia melepaskan jawatannya selepas tamat musim ini. Bermakna kelab tidak perlu membayar pampasan pemecatan. Sehinggalah kelab memujuk dia u turn. Masa itu awalnya Xavi menyatakan tak akan u turn dalam keputusannya. Namun selepas kejayaan membawa Barca mara sehingga ke suku akhir UCL dan menang di PSG. Populariti Xavi meningkat. Mood di bilik persalinan juga naik dan Xavi mengumumkan dia setuju kekal.
Tidak lama selepas itu Xavi membuat kenyataan tentang isu kewangan Barca. Lalu Laporta bengang dan mahu memecatnya. Xavi bagaimanapun mendedahkan dia dan Laporta baik baik sahaja. Lantas ramai peminat menganggap keretakan hubungan Xavi dan Laporta cuma mainan media.
Hari ini rasminya, Barca memecat Xavi. Dan Hansi Flick bakal dilantik jika pengurus itu mencapai kesepakatan dengan mereka.