Giliran Mbappe Pula Merungut Neymar Tak Nak Pass Bola Kepadanya

Bintang PSG, Kylian Mbappe dilihat tidak berpuas hati dan kamera menangkap aksinya merungut di bangku simpanan sambil mengadu bahawa Neymar tak nak hantar bola dekat beliau.

Insiden itu berlaku dalam aksi kemenanga 2-0 PSG ke atas Montepellier semalam. Pemain berusia 22 tahun itu dilihat melepaskan kemarahannya dan meluah kepada Idrissa Gana Gueye tentang sikap Neymar.

Ketika Mbappe merungut, Neymar baru sahaja mencipta assit untuk Julian Draxler.

Mbappe jelas kecewa kerana dia tak mendapat servis yang sama daripada Neymar seperti mana Draxler. Walaupun beberapa kali Mbappe berada di kawasan terbaik menerima bola untuk menjaringkan gol.

RMC Sports melaporkan bahawa, Mbappe dengan jelas berkata: “Si pengemis ni [Neymar] langsung tak nak pass bola kat aku.”

Walaupun berlaku insiden panas tersebut, Mauricio Pochettino menegaskan bahawa semangat berpasukan dalam PSG masih lagi utuh seperti sebelum ini.

PSG menang selepas gol daripada Gueye dan Draxler untuk meraih 3 lagi mata.

Saksikan insiden panas Mbappe merungut itu di sini:

Mbappe dikatakan merujuk Neymar dengan panggilan pengemis.

Ramai peminat menganggap itu adalah karma, kerana beberapa bulan lalu Mbappe melayan Giroud dengan ketamakan yang sama. Jika Neymar mencipta peluang kepada Draxler, Mbappe pula ketika itu dikatakan hanya mencari Benzema sahaja.

Dalam aksi pemanas badan sebelum Euro 2020, Giroud menjaringkan 2 gol dalam aksi kemenangan 3-0 Perancis ke atas Bulgaria.

Namun selepas tamat perlawanan Giroud dengan terbuka mengkritik Kylian Mbappe yang dikatakan tidak mahu menghantar bola kepadanya.

“Orang mengatakan saya tidak pandai bersembunyi [cakap lepas], tetapi itu kerana kadang-kadang saya berlari dan meminta bola namun bola tidak diberikan kepada saya.”

“Saya cuba mewujudkan semua kemungkinan kepada rakan sepasukan saya dan mencari jalan keluar untuk memberikan penyelesaian kepada pasukan.”

“Dengan dua bantuan yang baik sekali dari Ben Yedder dan Pavard saya dapat menyudahkan  permainan dengan baik.”

“Tetapi kami pasti dapat menjaringkan lebih banyak gol sekiranya kami lebih cekap. Saya gembira dapat membantu pasukan, saya bukannya ‘koyak’ [bitter],” kata penyerang Chelsea itu.

Mbappe dilaporkan tidak gembira dengan komen tersebut yang disifatkannya sebagai ditujukan secara spesifik kepadanya.

Lalu, laman GFFN menyatakan Mbappe mahu mengadakan sidang media untuk mempertahankan dirinya.

Pengurus Perancis, Deschamps berkata: “Mungkin apa yang cuba dikatakan oleh Giroud adalah benar.”

“Dalam beberapa keadaan, hantaran tidak sampai. Tetapi kita tidak boleh menyalahkan Kylian atau orang lain.”

Namun Deschamps turut menyatakan bahawa kesemua penyerangnya harus bijak mengubah gaya permainan sesuai dengan gaya permainan rakan rakan lain.

“Oliver tidak mempunyai profil [permainan] yang sama dengan Mbappé. Dia mempunyai kedudukan posisi yang lebih fokal [statik] dan pada babak pertama dengan Benzema tiga serangkai di hadapan dapat menukar posisi dan menukar zon.”

“Terserah kepada pemain untuk menentukannya.”

https://twitter.com/i/status/1402579782311813130

Mabppe kemudian menyatakan bahawa dia terkilan dengan kenyataan Giroud itu terutama sekali pemain itu meluah secara terbuka di hadapan media.

Mbappe berkata: “Saya sudah bercakap dengan Olivier Giroud. Semua orang tahu apa yang berlaku. Ya saya agak terasa hati dengan apa yang berlaku. Ianya benar bahawa saya sedikit terkesan dengan kenyataan itu.”

Masa depan Kylian Mbappe terus menjadi subjek panas di PSG. Sebelum ini kelab Paris itu menolak 2 bidaan lebih EUR160 juta daripada Real Madrid untuk Mbappe.

Mbappe masih belum melanjutkan kontraknya bersama dengan PSG lagi dan dikatakan berminat menyertai Real Madrid secara percuma.

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.