Sebelum ini ultras Werder Bremen telah menaikkan sepanduk mengecam kelab sendiri serta pengarah sukan Bayern, Christoph Freund yang cuba menandatangani Jerome Boateng walaupun pemain itu pernah dihukum kerana kesalahan keganasan rumah tangga.
Freund membuat kenyataan kontroversi dengan menegaskan bahawa kelab hanya melihat aspek kesukanan dan tidak mahu masuk campur masalah peribadi melibatkan rumah tangga pemain.
Perkara itu membuatkan ramai yang bengang kerana menurut mereka isu keganasan rumah tangga dan keganasan ke atas wanita bukan sekadar masalah peribadi, ianya masalah yang harus diambil berat seluruh komuniti.
Ultras Bremen menulis pada banner mereka: “Keganasan ke atas wanita bukan sekadar masalah peribadi, Freund tutup mulut kamu.”
Freund merupakan pengarah sukan Bayern Munich yang baharu. Minggu lalu dia berkata: “Boateng akan berlatih di Sabener Strasse dalam 2-3 hari ini. Kemudian kita akan mengadakan rundingan dengan dia dan akan membuat keputusan.”
“Ini situasi yang sangat istimewa, kami ada 3 kecederaan melibatkan bek tengah dalam masa seminggu. Kami harus bertahan sehingga rehat musim sejuk. Kami mahu mencari pilihan terbaik untuk Bayern. Alasan kesukanan adalah perkara yang paling penting buat kami. Isu peribadi bukan perkara besar untuk kami. Semua orang ada pandangan mereka sendiri kan.”
Pada 2021, Jerome Boateng didapati bersalah kerana melakukan keganasan rumah tangga membuatkan dia diarahkan membayar sekitar €1.8 juta kepada bekas pasangan hidupnya. Hukuman itu dikeluarkan oleh mahkamah Munich. Pendakwaraya Stefanie Eckert mengesahkan bahawa bekas pasangan Boateng iaitu Sherin Senler mangsa keganasan secara fizikal oleh Boateng.
Dan Boateng juga membuktikan bahawa dia juga mangsa hubungan toksik bertahun tahun. Tetapi mahkamah menolah sebarang bentuk keganasan fizikal. Boateng pada masa itu menafikan kesemua pertuduhan ke atasnya. Dia menafikan dia memukul Senler yang membuatkan wanita itu cedera pada 2018 ketika bercuti di Turki serta Pulau Caicos.
Boateng tidak dapat mempertahankan dirinya, kerana bukti banyak menunjukkan bahawa dia telah melempang kepala Sneler, menumbuknya serta melemparkannya ke lantai dengan mengamuk mencaci wanita itu. Boateng kemudian menyatakan bahawa wanita itu – ibu kepada 2 anaknya – telah memulakan provokasi ketika mereka bermain kad terup je.
Senler kemudian mendakwa Boateng menumbuknya berkali kali dan mencederakan bibirnya dan membaling objek kepadanya.
Oleh sebab itu Ultras Bremen menghentam Bayern dengan menaikkan banner: “Keganasan ke atas wanita bukan masalah peribadi. Christoph Freund sila tutup mulut kamu.”
Werder Bremen fans' banner today in response to Christoph Freund's statement regarding Boateng
'Violence against women is not a private matter. Christoph Freund, shut up!'
[📸 @Alexoutofhoffe] https://t.co/lzrcXAimD8 pic.twitter.com/2qaXuJqHcI
— Bayern & Germany (@iMiaSanMia) October 7, 2023
Bayern yang berdepan krisis kecederaan di bek tengah sebelum ini berunding dengan Boateng untuk mendapatkan pemain itu. Freund mendedahkan kelab menjemput Boateng untuk datang berlatih dan mahu menilai tahap kecergasan pemain itu.
Dikatakan Boateng berada di tahap kecergasan yang selayaknya. Dan kelab sedia mendapatkannya. Malangnya usaha itu terbantut kerana kelab mendapat bantahan daripada ramai peminat Bayern di media sosial. Mereka menganggap Boateng bukan solusi kepada masalah mereka.
Lebih baik memberikan peluang kepada pemain akademi. Bayern membuat keputusan mengejutkan Boateng kerana tidak jadi menandatanganinya hanya kerana melihat komen netizen di media sosial.
Kelab kemudian membuat kenyataan rasmi mengesahkan mereka tak akan menandatangani Boateng kerana 2 pertahanan utama mereka sudah boleh beraksi iaitu Upamecano dan Kim Min Jae. Dan pemain seperti De Ligt juga semakin pulih.
Semalam Ultras Bayern pula menaikkan sepanduk mengecam Pengarah Sukan mereka serta pengurusan tertinggi kelab mereka secara amnya yang dianggap memalukan nama kelab itu. Mereka tidak dapat menerima kenyataan Freund yang jelas bertentangan dengan nilai yang diperjuangkan kelab itu.
Banner itu bertulis: “Keganasan rumah tangga itu bukan sekadar masalah peribadi. Sila berdiri teguh di belakang prinsip yang kita laungkan. Atau semua peraturan dan kempen kesedaran itu sekadar marketing?”
Südkurve mit klarer Botschaft.#FCBSCF pic.twitter.com/PzFTw1686D
— Patrick Strasser (@AZ_Strasser) October 8, 2023
Freund nampaknya baru sahaja mencari pasal dengan penyokong Bayern. Dia harus ingat beberapa pengarah sukan Bayern sebelum ini dipecat, antara sebabnya kerana mereka sudah tidak mendapat kepercayaan daripada peminat.