Giliran Quartararo Tembak Puig Kerana Kenyataan Itu Mungkin Ditujukan Kepadanya

Pelumba Petronas Yamaha SRT, Fabio Quartararo, tampil membuat sindiran pada Pengurus Pasukan Repsol Honda, Alberto Puig, menjelang siri perlumbaan MotoGP Czech 2020.

Sebelum ini, Puig memberikan kritikan keras terhadap kejuaraan dunia MotoGP 2020.

Puig dalam kenyataannya berkata: “Sebenarnya, siapa sahaja yang menang adalah orang yang layak mendapatkannya,” kata Puig.

“Tetapi menurut pendapat saya, dan saya sedar dengan apa yang saya nak katakan, anda pasti akan merasa kekok jika anda memenangi perlumbaan tetapi juara bertahan tidak berada di landasan,” katanya.

“Kerana kemudian pemenang akan terus diberi label kemenangan tanpa Marc, dan itu akan ada di fikiran orang,” tambahnya.

os Repsol Honda mengatakan bahawa pelumba lain sebelum ini tidak berpeluang menjadi juara dunia kini boleh bersaing kerana ketiadaan Marc Marquez.

Seperti yang diketahui umum, Marquez terpaksa berehat lebih lama kerana kecederaan kecederaan tangan kanannya.

Marquez juga gagal kembali dalam MotoGP Czech setelah terpaksa kembali ke bilik pembedahan. Juara bertahan pasti gagal untuk menjaringkan lebih banyak mata dalam beberapa perlumbaan berikutnya.

Sebaliknya, ketiadaan Marquez dimanfaatkan sepenuhnya oleh Fabio Quartararo. Tanpa kehadiran Marquez dalam dua perlumbaan pertama MotoGP 2020, Quartararo kini berjaya menguasai kedudukan dengan 50 mata.

Bukan hanya itu, pelumba berusia 21 tahun itu juga menjadi pelumba yang mulai dikatakan boleh menjadi juara musim ini.

Quartararo merasa perlu untuk beliau menjawab pernyataan Alberto Puig.

Quartararo tembak Puig

Kerana, walaupun dia tidak menyebut nama-nama penunggang secara terbuka, ada kemungkinan pelumba yang disebut Puig dalam pernyataannya adalah Quartararo.

“Bagi saya, sama ada kita ada Marc Marquez atau tidak, persaingan untuk kejuaraan dunia MotoGP 2020 akan tetap sama sengitnya.”

“Setakat ini, kami telah berjuang untuk apa yang kami mahukan dan kami bekerja dengan cara yang sama tidak kira dengan adanya Marc atau tidak dalam persaingan,” kata Quartararo seperti dipetik dari halaman Crash. .

“Kejuaraan tetap sama walaupun tidak ada pelumba ternama yang hadir. Bagi saya, pertandingan tetap sama,” katanya.

Walaupun beliau kini berada di tempat pertama dengan dua kemenangan, El Diablo juga mengakui bahawa beliau enggan membicarakan peluangnya untuk menjadi juara dunia di MotoGP 2020.

Lebih-lebih lagi, Quartararo telah datang ke kelas perlumbaan utama tanpa memiliki status juara dunia, baik di kelas Moto2 dan Moto3. Segalanya masih terlalu awal menurut beliau lagi.

“Buat masa ini, saya tidak memikirkan gelaran dunia. Saya akan berlumba demi perlumbaan kerana ia lebih penting,” katanya.

Sebelum ini Pelumba Pramac Ducati, Jack Miller terlebih dahulu mengkritik kenyataan Alberto Puig.

Menurutnya, pernyataan Puig mengenai gelaran dunia tanpa Marc Marquez adalah tidak tepat dan ia adalah pernyataan yang mengelirukan.

Malah Miller turut menegaskan kenyataan Puig itu seolah olah para pelumba ada hati busuk mengharapkan ada pelumba lain yang akan cedera dan kemalangan.

Sejarah dalam perlumbaan MotoGP sebelum ini menunjukkan ramai pelumba yang terlepas kejuaraan kerana kemalangan.

Namun mereka tetap menganggap ia sebahagian daripada perlumbaan ini.

Miller turut menambah semua pelumba juga mempunyai risiko yang sama dengan Marc dari segi kemalangan.

“Saya pernah mendengar seseorang mengatakan tentang memenangi gelaran juara dunia musim ini (tanpa Marc) – sama ada ia harus dikira kejuaraan yang sebenar – dan pada pendapat saya adalah satu kesilapan,” kata Jack Miller, yang dipetik oleh SportFEAT.com dari Autosport.

“Kita semua di sini juga mempunyai dan berdepan dengan risiko yang sama untuk cedera dan itu sudah menjadi risiko kita sebagai pelumba,” tambah beliau lagi.

 

Baca yang lain

Cafu: ‘Hanya Neymar Yang Ada Magis’

Cafu mempertahankan kualiti Neymar dengan menganggap dalam pasukan Brazil sekarang hanya beliau yang benar benar berkelas dunia. Cafu menganggap adalah tidak adil

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa