GINGA: Definisi Bola Sepak Artistik Brazil

Anda pernah menonton filem Pele; Birth Of A Legend? Di dalam movie tersebut coach Feola berkali-kali menyebut Ginga (sebutan jinga).

Ginga bermaksud rentak (rhythm). Jadi apabila diterjemahkan ke dalam bola sepak, ia merujuk kepada gerakan yang cantik.

Ini termasuk erakan badan, kaki yang ala seorang penari.

Dalam filem tersebut, jurulatih Brazil, Feola berkata Brazil perlu bermain Ginga untuk mengatasi bola sepak Eropah yang berasaskan sistematik posisi terutama sekali Sweden.

Brazil menang Piala Dunia 1958 dengan Ginga.

Jika Feola adalah inovator kepada Ginga, Pele pula dimahkotakan gelara King of Ginga.

Bola sepak artistik yang memberikan kebebasan kepada pemain menggunakan kreativiti mereka telah mengatasi sistem bila sepak Eropah yang rigid dalam formasi dan sistem.

Ginga adalah bola sepak yang banyak menggunakan seni individu di kaki, gerakan pinggul, yang cepat bertindak dengan bola.

Sentuhan pertama, kedua antara seni utama mereka dengan bola.

Anda masih ingat bagaimana Ronaldinho menonjol bola menewaskan Petr Cech? Itu antara definisi Ginga. Segalanya penuh dengan daya imaginasi dan keseronokan.

Bagaimana Ronaldo menjaringkan lebih 80 gol dengan cara menggelecek penjaga gol.

Mereka akan melakukan sesuatu dengan spontan di dalam kotak penalti ataupun dalam keadaan terkepung.

https://youtu.be/LkHBqHTJ46E

Ginga adalah benda yang sedap di mata, seakan – akan mudah dilakukan, namun ia amat berskil tinggi dan banyak menghantar bola kepada space dan tiba tiba ada rakan mereka di situ.

Mereka tidak kisah space besar atau kecil. Space kecil pun mereka akan hantar dan akan ada pemain menerima bola di situ dengan rentak pada badan mereka.

Ronaldo Fenomeno antara definisi striker Ginga.

Sehebat mana Ronaldinho, Ronaldo, Romario, Denilson, Robinho, Neymar dan ramai lagi pemain dengan seni artistik di kaki dan badan mereka di dalam padang, tak seorang sanggup menerima gelaran King Of Ginga.

Ini kerana hanya ada seorang King of Ginga iaitu Pele. Begitu juga jika anda ke Brazil. Anda boleh bercerita tentang kehebatan mana-mana pemain Brazil. Namun jangan sesekali bandingkan dengan Pele.

Pele telah menjadi simbol kepada Ginga di Brazil. Pemain yang menjadi inspirasi kepada generasi baru sejak zaman berzaman di Brazil.

Pele berkata:

“Anda harus bermain cantik dan membuat persembahan kepada penonton”

Lalu media di Eropah menggelar Brazil sedang bermain beautiful football. Itulah sebab penulis Eropah menulis Brazil bermain beautiful football yang digelar yoga bonito oleh Nike.

Ia sebenarnya lebih tepat merujuk kepada Ginga.

Selepas era Ronaldinho, Brazil bergelut dengan identiti bola sepak mereka. Ramai menganggap bola sepak Ginga dah tak relevan.

Namun perlantikan Mano Menezes menepis dakwaan itu. Brazil kini kembali dengan Ginga Football. Neymar, Coutinho, Lucas Moura, Gabriel Jesus antara nama penting dalam kem Menezes dan kemudian diserahkan kepada Tite.

Brazil kembali ke puncak di ranking dunia musim lalu.

Menjadi pasukan pertama mara ke World Cup 2018 dari pusingan kelayakan.