Gini Wijnaldum: Amarah Budak Gimnastik Tersakiti Yang Dilepaskan Dekat Barca

11 November merupakan harijadi kepada Georginio Wijnaldum. Popular dengan panggilan Gini Wijnaldum. Di beberapa daerah di sekitar Malaysia, beliau hanya dipanggil Gandum.

Georginio Gregion Emile Wijnaldum merupakan peranakan Belanda yang lahir di Rotterdam pada 11 November 1990. Sebuah kawasan di Selatan Belanda. Ibunya bernama Maureen Wijnaldum.

Selepas penceraian ibu dan ayahnya, Gini memutuskan untuk tinggal bersama neneknya di Rotterdam. Ibunya pergi ke Amsterdam.

Neneknya-lah yang membesarkan beliau sehingga menjadi manusia yang seperti beliau ada pada hari ini. Hensem, bergaya, kacak dan penuh kemacho-an. Cuma kalah sikit dengan Henderson.

Ketika kecil, Wijnaldum tak suka bermain bola sepak. Cita-cita beliau mahu menjadi ahli gimnas ataupun atlet sukan akrobatik. Beliau menggemari sukan melentikkan badan dan menunjukkan kekerasan fizikal itu.

“Saya tak suka tengok bola sepak. Saya cuma kenal beberapa orang pemain Belanda yang popular.”

Namun Wijnaldum mulai menukar pendiriannya. Ini semua bermula, pada suatu hari, apabila sepupunya menjemput beliau datang ke Hari Terbuka Sparta Rotterdam.

Lalu Gini mulai bertekad mahu menjadi pemain bola sepak. Bakat semulajadi padanya membuatkan beliau sekejap sahaja terus memikat pengurusan. Pada usia 6 tahun beliau sudah menjadi pemain akar umbi di Sparta Rotterdam.

Stylo kot, dreadlock belah tengah

Selepas 2 tahun di sana, beliau menerima tawaran lebih baik daripada Feyenoord. Beliau seangkatan dengan Leroy Fer dan Luis Pedro.

Dan pada usia 16 tahun, beliau dijemput menyertai latihan dengan skuad senior, oleh pengurus Erwin Koeman.

Dan selepas itu beliau menjadi pemain utama skuad Feyenoord. Beliau membantu Feyenoord menjuarai Piala KNVB pada 2008.

Tidak lama selepas itu, beliau menyertai PSV. Dan di sinilah beliau menikmati karier luar biasa. Berjaya membantu PSV juara Liga Belanda, Piala KNVB dan Perisai Johan Cruyff.

Akibat kepoweran beliau itu telah membawanya ke Newcastle United dengan nilai perpindahan £14.5 juta. Kau ingat senang ke Mike Ashley nak bayar angka tu. Rasanya 8 kali juga dia ke hulu ke hilir memikirkannya.

Beliau mulai memberikan salam perkenalan kepada peminat Liverpool ketika membantu Newcastle menang 2-0 ke atas The Reds. Wijnaldum sangat cemerlang dan memaksa Martin Skrtel melakukan kesilapan OG.

Newcastle United tersingkir daripada EPL, ia membuatkan Wijnaldum mendapat minat daripada banyak pasukan.

Liverpool datang dengan tawaran £23 juta untuk Wijnaldum dan beliau dengan senyuman Nora Danish telah bersetuju.

Debut beliau pada Ogos 2016 bersama The Reds. Beliau memberikan 1 assist kepada Adam Lallana.

Dan sejak daripada itu karier beliau terus meningkat naik. Tak kira di kelab dan juga bersama skuad kebangsaan. Beliau pemain utama membantu kebangkitan Belanda sehingga ke final UNL.

Beliau menjadi nadi penting skuad Liverpool di bawah Jurgen Klopp. Ramai penyokong Liverpool agak pelik dengan Klopp yang sukakan Gini ni.

Namun pembantu Klopp iaitu, Pep Ljinders pula menegaskan Wijnaldum adalah pemain tengah terbaik untuk sistem Klopp.

Wijnaldum kemudian menjadi pemain penting dalam skuad UCL Liverpool yang mara ke final 2017/18. Tetapi tewas di tangan Real Madrid. Malas nak kenang. Kau kenanglah sendiri.

UCL 2019/20

Ini merupakan kisah yang tak akan dilupakan kita semua apabila bercakap tentang Wijnaldum. Pada separuh akhir pertama UCL, Liverpool diperkotak-katikkan oleh Barcelona di Nou Camp.

Ramai yang dah putus harapan. Dengan kejuaraan liga sudah beralih kawalan kepada Man City.

Dalam separuh akhir kedua di Anfield, Klopp sudah memberikan pesanan, jika Liverpool gagal dalam usaha melakukan keajaiban, biarlah ia dengan cara yang indah.

Wijnaldum diletakkan di bangku simpanan pada separuh akhir kedua. Dan beliau menyatakan dirinya sangat marah dan tak puas hati.

Namun, siapa sangka, kemarahan di bangku simpanan itu bakal dilepaskan kepada Luis Suarez dan rakan-rakannya.

Liverpool bermula garang di Anfield dengan menekan Bercelona di kiri, kanan, depan dan tusukan dari belakang.

Pada separuh masa kedua, Klopp memasukkkan Gini. Dia tak tahu pun si Gini ni marah ke berkecamuk. Muka sama je, sentiasa tersengih.

Dan pertukaran ini akan mengubah sejarah Liverpool serta Klopp buat selama-lamanya.

Pada awalnya ramai menjangka kecederaan Robbo bukan petanda yang bagus.

Wijnaldum masuk ke dalam padang dengan muka bengis, yang hanya orang tertentu sahaja dapat detect kebengisan itu.

Pada minit ke-54, berpunca daripada hantaran Trent Alexander Arnold, Wijnaldum menyambar bola itu dan menjaringkan gol yang merapatkan agregate. Tanpa berlengah, Wijnaldum terus mengambil bola untuk quick restart. Yang ni baru nampak garang sikit.

Dan 2 minit kemudian, Wijnaldum melakukan tandukan persis teknik Steven Gerrard ketika Miracle of Istanbul. Itulah gaya seorang ahli gimnas yang sebenar. Lompatan dan pendaratan yang sempurna dilakukan.

Beliau menggabungkan kesemua elemen bola sepak dan gimrama acara bola menjadi satu. Gini menepuk dadanya, YEAHHHHHH!!!! Marah ni marah!!!!!

Gini baru sahaja menyelamatkan kapal Liverpool yang hampir karam.

Beliau juga mencatatkan rekod unik.

Itulah kehebatan beliau pada malam itu, yang menjadi gamechanger dan luckchanger sekali. Kau suka video versi muzik rempit, layan bawah ni, sedap:

Beliau juga sempat menunjukkan aksi freestyle dengan memperkotak katikan Barcelona.

Dan kenangan indah itu dilengkapkan dengan penamat sempurna oleh komplot koner segera Arnold kepada Origi.

Tak cukup dengan itu, Liverpool menamatkan saingan 2018/19 dengan royalti Eropah. Dan Wijnaldum antara pengaruh Belanda yang kuat meresap dalam kejayaan musim tersebut selain daripada VVD, Pep Ljinders, dan Achterberg.

Dan dengan ini, Selamat Hari Jadi Wijnaldum.

Itulah kisah bagaimana Wijnaldum membantu menukar sejarah Liverpool kepada juara Eropah 6 kali. Up sikit daripada Barca dan Bayern. Dan kemudiannya memberikan Klopp kejuaraan Eropah pertama, bukan kaleng kaleng, UCL terus.

Kemarahan Wijnaldum malam itu membuatkan pasukan yang sarat dengan bintang termasuk seorang Judas dan bintang dunia Lionel Messi meratapi kekalahan,

Baca yang lain