Gio Reyna Hampir Dihantar Pulang Kerana Bersikap Diva Dan Tak Minat Sertai ‘Friendly’

Satu kisah yang menarik dari kem Amerika Syarikat ketika Piala Dunia 2022. Di mana ada pemain ‘dihadapkan ke muka pengadilan’ pasukan.

Gio Reyna adalah nama yang boleh dianggap besar dalam bola sepak Amerika Syaikat. Namun sikapnya membuatkan pasukan hampir mengundi dia dibuang dan dihantar pulang lebih awal.

Pengurus Amerika Syarikat, Greg Berhalter berkongsi kisah dengan The Athletico dengan seorang pemain yang dia tak sebut nama, namun diercayai Gio Reyna.

Berhalter berkata: “Kami hampir menempah tiket balik untuk seorang pemain kami.”

“Kami ada seorang pemain yang jelas tidak memenuhi harapan kami kepadanya di atas padang dan di luar padang.”

“Kami [jurulatih dan pegawai pasukan] duduk bersama untuk beberapa jam, mencari penyelesaian, apa yang kami harus lakukan.”

“Akhirnya kami memutuskan untuk bersemuka dengannya. Sebahagian daripada perbincangan kami adalah tentang bagaimana sikapnya.”

“Kami tak mahu dia melakukan sebarang salah laku lagi. Dan satu lagi, kami katakan kepadanya bahawa dia harus pergi meminta maaf kepada kumpulan pemain.”

“Ianya bukan sekadar kenapa kamu harus minta maaf. Namun ianya lebih daripada tu. Dia kata: ‘Gaiss, saya minta maaf’.”

Laporan tersebut menyebut, ada ramai pemain mulai menyampah dengan perangai diva Gio Reyna. Membuatkan pasukan melakukan undian. Daripada 25 pemain yang mengunding, Reyna berjaya mengelak daripada dihantar pulang awal, hanya terselamat kerana 1 undi iaitu 12-13.

Pemain lain tidak suka dengan sikap Gio Reyna ketika sesi latihan sebelum aksi menentang Wales dan reaksinya ketika dikeluarkan dalam beberapa perlawanan.

Dia seringkali menunjukkan rasa tak puas hati. Tindakannya seolah olah tidak menghormati jurulatih dan rakan sepasukannya yang masuk menggantikannya.

Beberapa bulan lalu, dalam aksi persahabatan menentang Wales, dia pernah membaling shin pad-nya kerana tak puas hati dikeluarkan.

Selain itu, Reyna juga membuatkan ramai pemain lain terasa hati dengannya kerana seringkali tidak menunjukkan minat mendalam menyertai perlawanan persahabatan sebelum Piala Dunia.

Itu antara sebab Berhalter sukar untuk membentuk pasukan berasaskan Reyna.

Berhalter juga kecewa dengan kenyataan Reyna yang bertentangan dengan laporan doktor ketika dia dikeluarkan kerana masalah di hamstring. Reyna seolah olah menganggap pegawai pasukan menipu ketika menjelaskan pemain itu dikeluarkan kerana kecederaan.

Reyna dengan nada sinis berkata: “Saya baik baik sahaja untuk meneruskan permainan.”

Selepas pertemuan jujur dengan jurulatih dan pemain pemain lain, Reyna akhirnya sedar bahawa dia bukanlah bintang yang terlalu besar untuk pemain lain takut kehilangannya.

Reyna meminta maaf dan segalanya sudah dilupakan oleh semua pemain.

Reyna baru 20 tahun, dan Berhalter memberikan jaminan bahawa pemain itu masih menjadi antara prospek harapan untuk Amerika Syarikat pada Piala Dunia 2026 akan datang.

Amerika Syarikat membawa ramai pemain muda kali ini. Adalah satu kerugian besar untuk AS dan Reyna jika mereka tidak menemui titik penyelesaian.

Gio Reyne bermain untuk kelab terkemuka Jerman, Borussia Dortmund dan dianggap memiliki masa depan sangat cerah.