Pemain Amerika Syarikat, Gio Reyna telah membidas jurulatih AS Gregg Berhalter berhubung komen mengenai tingkah laku penyerang Borussia Dortmund itu semasa Piala Dunia.
Reyna, yang dianggap sebagai salah seorang pemain muda paling berbakat dalam bola sepak AS, hampir tidak digunakan oleh Berhalter di Qatar, di mana pasukan Amerika itu mara ke peringkat 16 terakhir.
Penglibatan terhad pemain berusia 20 tahun itu menjadi punca spekulasi panas ,melibatkanyya, dengan Berhalter mendedahkan bahawa Reyna tidak cergas sepenuhnya punca dia disisihkan — dakwaan yang dicanggah oleh pemain itu secara terbuka.
Laporan media AS baru-baru ini telah membuka cerita mengenai ketegangan antara Reyna dan Berhalter, mendedahkan bahawa pemain itu hampir dihantar pulang kerana sikapnya semasa sesi latihan.
Reyna dibenarkan kekal dalam skuad selepas dipaksa meminta maaf di hadapan rakan sepasukannya, kata laporan itu.
Tanpa menamakan Reyna secara langsung, Berhalter tampil mengesahkan laporan itu pada satu persidangan baru-baru ini mengenai “kepimpinan moral”.
Berhalter memberitahu persidangan itu bahawa kakitangan pasukan AS mempunyai “pemain yang jelas tidak menepati garis panduan di dalam dan di luar padang”.
Dia menambah: “Kami bersedia untuk menempah tiket kapal terbang pulang, itu adalah gambaran betapa melampaunya dia.”
Dalam satu kenyataan yang disiarkan di Instagram, Reyna mengakui bahawa dia telah bertindak balas dengan teruk selepas dimaklumkan oleh Berhalter sejurus sebelum Piala Dunia bahawa dia akan mempunyai peranan “sangat terhad” pada kejohanan itu.
“Saya mengakui sepenuhnya bahawa saya membiarkan emosi saya menguasai diri saya dan menjejaskan latihan dan tingkah laku saya selama beberapa hari,” kata Reyna.
“Saya kecewa kerana terdapat liputan berterusan mengenai perkara ini… dan amat terkejut bahawa sesiapa sahaja dalam pasukan kakitangan lelaki AS akan menyumbang kepadanya.”
Reyna berkata Berhalter sentiasa menyatakan bahawa isu dalam pasukan akan kekal “dalam dalaman”.
“Saya harap tidak ada yang mengulas mengenai perkara di Piala Dunia. Adalah menjadi kepercayaan saya bahawa perkara yang berlaku dalam suasana pasukan harus kekal peribadi.”
Gio Reyna admits his faults during the World Cup: “I fully acknowledge that I letemotions get the best of me, affect my training and behavior for a few days after learning about my limited role”.
“I apologized to my teammates and coach for this, and I was told I was forgiven”. pic.twitter.com/5qx8yAtMJM
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 12, 2022