Giphy Memadam GIF Zuckerberg Ketika Cemas Demi RM1.74 Billion?

GIF telah menjadi satu elemen penting di dalam media sosial selain daripada Emoji. Selepas Twitter mengukuhkan komen berbentuk GIF, popularitinya merebak ke Facebook.

Menyedari akan evolusi di dalam media sosial itu, Mark Zuckerberg dilaporkan sedang berbincang untuk membeli Giphy – laman web gif – dengan nilai $400 juta ataupun sekitar RM1.74 billion.

GIF akan diintergrasikan lebih pesat selepas ini dengan Facebook dan juga instagram apabila kerjasama ini sudah termeterai kelak.

Giphy merupakan salah satu laman web untuk pustaka gif yang terbesar di dunia. Ianya membenarkan pengguna memuat naik dan memuat turun, serta menempel (embed) fail gif pada laman sosial dan juga beberapa platform digital yang lain.

Menurut laporan Axios, kedua dua pihak sudah memulakan perbicangan dalam beberapa minggu ini. Namun kerjasama ini lebih kepada rakan kongsi berbanding dengan pemilikan penuh.

Giphy merupakan laman web yang berpangkalan di New York telah menjana sekitar $150 juta sejak 2013.

Facebook percaya langkah ini akan menguatkan lagi kuasa Facebook sebagai platform digital dan juga platform jual beli.

Selain itu Facebook juga serius dalam membangunkan platform Facebook gaming pada tahun ini, selepas kejayaan luar biasa sejak ia dilancarkan.

Ketika rundingan itu sedang berjalan, beberapa pengguna Giphy telah mendakwa mereka tidak dapat mencari gif Mark Zuckerberg yang sedang gelisah ketika dibicarakan.

Ramai yang mencari gif Zuckerberg tidak mendapat akses kepada konten tersebut.

Mereka menuduh Giphy telah memadam gif tersebut demi untuk menyelamatkan rundingan bernilai berbillion ringgit itu. Giphy risau perkara itu akan mempengaruhi rundingan tersebut.

Namun perkara itu ditepis oleh CEO Giphy,  Tyler Menzel. Malah beliau menyatakan mereka sentiasa berbangga dengan gif Zuck itu.

“Ada terdengar laporan Giphy memanda GIFs Mark Zuckerberg. Nak jelaskan di sini. Ini tidak benar. Kami cuma memadam konten yang melanggar garis panduan kami.

Beliau kemudian menyatakan pihaknya akan menyiasat perkara tersebut dan menegaskan mungkin ada kesilapan teknikal. Kerana pihak mereka tidak pernah dengan sengaja memadamkan gif yang sudah dimuat naik.

“Kami akan menyiasat isu ini secepat mungkin.”

“Namun kami nak mengesahkan bahawa kami tidak dengan sengaja memadamkan apa apa.”

Namun berdasarkan carian yang dibuat sebentar tadi, ternyata gif Mark Zuckerberg sudah pun kembali ada di laman mereka.

Baca yang lain