Girona antara pasukan paling menyerlah di eropah musim ini. Mereka sedang berada di puncak La Liga ketika artikel ini ditulis.
Tahukah anda, Girona sebenarnya tidak ada pusat latihan atau padang latihan milik sendiri? Mereka sedang menyewa padang latihan mereka.
Impian Leicester
Dengan prestasi semasa yang mereka ada Girona boleh menamatkan saingan musim ini sebagai juara liga. Dengan akhbar di Sepanyol sebelum ini menulis: “Kelab yang bermimpi menjadi Leicester”
New week! ❤️🤍 pic.twitter.com/HPB3iJ3Yfh
— Girona FC (@GironaFC_Engl) November 13, 2023
Ianya merujuk kepada kejayaan Leicester beberapa tahun lalu menjulang EPL ketika liga itu ada kelab yang digelar big six.
Sementara di La Liga ada big 3 iaitu Real Madrid, Atletico Madrid dan Barcelona.
Girona antara pasukan yang paling menghiburkan untuk disaksikan. Menjaringkan 31 gol setakat ini, paling banyak dalam La Liga.
CFG dan revolusi Girona
Namun tahukah anda kelab yang dimiliki oleh CFG dan juga rakan kongsi mereka iaitu abang Pep Guardiola, Pere Guardiola ini sebenarnya tiada padang latihan sendiri. Mereka sedang menyewa padang latihan.
Pemilikan CFG / City Football Group benar benar memberikan manfaat kepada Girona. Mereka mendapatkan pemain sayap 19 tahun Brazil, Salvio daripada kelab di bawah naungan CFG iaitu Troyes, selepas kelab itu tersingkir ke Ligue II musim lalu.
CFG turut merancang untuk menguatkan lagi Girona pada Januari ini termasuk menyalurkan bantuan daripada Man City dengan menghantar pemain muda berbakat ke sana.
Pujian harus diberikan kepada Pengarah Sukan kelab mereka, Quique Carcel yang sangat bijak mencari bakat baharu di bursa perpindahan termasuk mendapatkan penyerang Ukraine, Artem Dovbyk yang sudah menjadi penjaring penting mereka musim ini.
🇺🇦 𝐀𝐑𝐓𝐄𝐌 𝐃𝐎𝐕𝐁𝐘𝐊 ⚽️ pic.twitter.com/uPaXB74Krl
— Girona FC (@GironaFC_Engl) November 11, 2023
Musim lalu, Dovbyk menjaringkan 29 gol daripada 39 perlawanan untuk kelab lamanya Dnipro. Dan Girona meyambar pemain itu dengan bayaran rekod perpindahan kelab €7 juta. Pemilikan pemain ini adalah dikongsi bersama. 70% milik Girona, sementara 30% milik Dnipro dan kelab Denmark, Midtjylland.
Berkongsi falsafah sama dengan Guardiola
Pengurus muda mereka, Miguel Angel Sanchez Munoz atau dipanggili Michel sahaja juga menjadi nadi penting prestasi kelab itu. Dia menyertai Girona pada 2019. Seorang yang memiliki idea bola sepak yang moden. Dia memulakan karier di Girona dengan agak sukar. Difahami kerana dia cuba menerapkan sistem permainan yang dia mahukan.
Kini Girona menjadi antara kelab yang bermain bola sepak cantik.
In love 🥰 pic.twitter.com/iiSqbOVfw2
— Girona FC (@GironaFC_Engl) November 12, 2023
Pere Guardiola yang dilantik menjadi pengerusi kelab menyatakan bahawa dia memang berminat mendapatkan Michel kerana pengurus itu suka dengan bola sepak ala Guardiola. Michel sendiri pernah menyatakan bahawa dia peminat Guardiola.
Dia suka mengarahkan pemain bermain dengan sistem fleksibel dan menyimpan bola dengan yakin. Pemain tengah, Alex Garcia yang menyertai mereka daripada Man City pada 2018 antara pemain terbaik di La Liga ketika ini.
Selain itu, Pep Guardiola dan Pere Guardiola juga membolehkan Girona ngam dengan beberapa orang tertinggi di Barcelona. Membolehkan mereka meminjam pemain seperti Pablo Torre dan Eric Garcia. Sementara Oriol Romeu dijual ke Barca dengan nilai £3 juta
Oleh kerana mereka sedang menyewa di padang majlis perbandaran, maka kelab sudah mendapatkan kelulusan pembinaan komplek sukan.
Mahu jadi kelab kedua terbesar di Catalonia
Projek itu akan menjadikan Girona sebagai kelab dengan pusat latihan kedua terbesar di bawah pentadbiran City Group. Dan idea seterusnya adalah mahu menjadikan Girona kelab kedua terbesar di Catalan mengatasi Espanyol. Dan nombor satu pastinya Barca la.
Projek itu sudah dimulakan pada September dan diharap siap pada 2024 akan datang. Girona ketika ini tidak ada kompleks latihan yang lengkap mereka cuma ada padang latihan yang disewa.
Espanyol ketika ini di divisyen kedua Liga Sepanyol dan sudah melantik 10 pengurus yang bertukar ganti dalam 5 tahun terakhir mereka.
Stadium perbandaran kini memiliki kapasiti 11,500. Dan CFG mahukan masyarakat terutama kanak kanak yang berdekatan dengan kelab Girona selepas ini akan memakai jersi Girona berbanding Barca.
GIRONA DEFYING THE ODDS IN LA LIGA
Girona, defying expectations, lead La Liga with 31 points from 36. Despite their small stadium and being in only their fourth top-flight season, the club's success is linked to their partnership with the Manchester City Football Group (CFG)… pic.twitter.com/eQWou2QZCl
— Akinlade Femi Jeremiah (@akinladefemi14) November 10, 2023
Bloomberg sebelum ini menulis: “Man City sedang membina projek di belakang halaman rumah Barcelona.”