Giroud Dibuang Padang Selepas Jaringkan Gol Kemenangan Minit Akhir: “Saya Terlupa Dah Ada Kad Kuning”

Olivier Giroud menjaringkan gol kemenangan akrobatik yang luar biasa untuk Milan dalam aksi menentang Spezia.

Dalam perlawanan yang sama, anak kepada legenda Milan, Daniel Maldini turut merobek gawang AC Milan. Daniel dipinjamkan ke Spezia.

Namun cerita mendebarkan Milan yang terikat 1-1 dengan Spezia sehingga minit ke-88 akhirnya dileraikan Giroud dengan gol kemenangan akrobatiknya pada minit ke-89/

Ia meletakkan mereka di tempat kedua di hadapan Atalanta, dan kini enam mata di belakang pendahulu Napoli.

Rossoneri meraikan kelayakan Pusingan 16 Liga Juara-Juara, tetapi juga perlu kembali ke landasan kemenangan dalam aksi domestik selepas kekalahan mengejut kepada Torino.

Mike Maignan, Zlatan Ibrahimovic, Davide Calabria, Alexis Saelemaekers dan Alessandro Florenzi masih tidak dapat beraksi.

Manakala Spezia masih kehilangan Emmanuel Gyasi, Simone Bastoni, Viktor Kovalenko dan digantung Dimitrios Nikolaou.

Pasukan pelawat mencatatkan 0 mata yang dan 0 gol dalam kesemua enam perlawanan di tempat lawan musim ini.

Namun musim lalu mereka pernah mencipta kemenangan bersejarah di Milan pada masa kecederaan pada musim lalu kerana kesilapan pengadil.

Rafael Leao meneruskan larian kencang di garisan tepi tanpa melepasi tiga terjahan untuk mencipta peluang kepada Fikayo Tomori, yang melakukan percubaan agak teruk, membolehkan Bartlomiej Dragowski menghadangnya dengan kaki.

Beberapa saat kemudian terdapat 2 peluang keemasan berturut turut, ini apabila Rade Krunic merembat terkena palang, kemudian pada rebound Brahim Diaz dinafikan oleh kaki Dragowski.

Dragowski juga menafikan percubaan Junior Messias dengan menepis bola melepasi palang.

Namun Milan akhirnya di hadapan menerusi  Theo Hernandez yang mendada hantaran Bennacer, dan kemudian melakukan voli yang hebat.

Keraian gol terpaksa dihentikan seketikan oleh para pemain Milan, kerana mengambil masa hampir lima minit untuk VAR akhirnya mengesahkan ia bukan ofsaid.

Ciprian Tatarusanu mengalami sedikit kesukaran untuk menepis tandukan Mattia Caldara dari sepakan sudut, kemudian M’Bala Nzola gagal memanfaatkan kesilapan Pierre Kalulu, manakala Brahim Diaz dua kali mendapat kedudukan yang baik namun melakukan hantaran lemah.

Tatarusanu juga menghadapi risiko yang besar untuk keluar dari kawasannya, tetapi dia bernasib baik Nzola kehilangan keseimbangan dan gagal menjaringkan gol ke gawang terbuka.

Spezia juga mengancam beberapa saat kemudian, ketika Medhi Bourabia berjaya masuk ke dalam kotak penalti. Tetapi Nzola gagal menyempurnakan peluangnya.

Origi menguji Dragowski dengan percubaan deras.

Kemudian Spezia akhirnya menjaringkan gol di tempat lawan pertama mereka musim ini menerusi pemain AC Milan sendiri yang dipinjamkan ke kelab mereka iaiti Daniel Maldini. Anak Pengarah Bola Sepak Milan itu melencongkan penyudah kaki kanan ke sudut rendah dari dalam kotak penalti.

Sandro Tonali menyangka dia telah berjaya mengembalikan pendahuluan mereka dengan roket kaki kanan yang menakjubkan dari luar D ke sudut atas atas bantuan Origi.

Walau bagaimanapun, ia tidak dibenarkan berikutan semakan VAR di padang untuk kesalahan Tomori sebelum gol tersebut terhadap Nzola dalam pembinaan gol itu.

Pada minit terakhir, Milan menemui satu kejayaan, apabila hantaran lintang Tonali menemui Giroud di tiang jauh untuk melakukan tendangan voli terbang akrobatik yang menakjubkan.

Dia menanggalkan bajunya untuk meraikan secara liar dan kemudian menerima kad kuning kedua.

Selepas tamat perlawanan, Giroud meminta maaf di atas tindakan bodohnya. Dia menyatakan bahawa dia terlupa bahawa dia sebelum itu sudah menerima 1 kad kuning.

Kedua-dua penjaring gol, Theo Hernandez dan Giroud akan digantung pada pertengahan minggu menentang Cremonese.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.