Giroud Tembak Balik Benzema Selepas Digelar Gokart

Penyerang kebangsaan Perancis, Oilivier Giroud menembak balik Karim Benzema selepas penyerang Real Madrid itu mengibaratkan beliau sebagai gokart.

Benzema memberikan respon ketika ditanya tentang perbezaan beliau dengan Olivier Giroud.

Benzema: Aku F1 dia Gokart

Dalam satu video Instagram live, Benzema berkata: “Ianya mustahil nak bandingkan saya dengan Olivier Giroud. Ianya seperti membandingkan formula 1 dengan gokart. Itupun dah habis baik dah aku bagi tu.”

Benzema memperlekehkan Giroud kerana menurutnya, beliau jauh lebih hebat daripada bekas penyerang Arsenal itu.

Kenyataan Benzema itu dikecam hebat oleh ramai pihak. Ramai yang menganggap Benzema sangat biadap dan ada bunyi cemburu di dalam kenyataannya.

Mereka merasakan Benzema cemburu kerana seringkali kehilangan tempat dalam pasukan utama Perancis.

Sedangkan Giroud sentiasa menjadi pilihan utama jurulatih.

Benzema sudah lama disingkirkan daripada pasukan utama Perancis selepas insiden video lucah dahulu.

Namun beliau masih lagi menunggu Didier Deschamps akan kembali memanggilnya dan melupakan salah laku tersebut.

Ada juga peminat menuduh Benzema sebagai lack of class ke atas rakan senegaranya yang berjuang demi Perancis.

Karim Benzema: Apa yang salahnya?

Karim Benzema kemudian tampil dengan satu video lagi. Benzema membuat penjelasan dan mempertahankan tindakannya.

Beliau berkata: “Masalah dia sekarang, orang hanya fokus dengan satu ayat tu je. Dan mereka tak sebut pun part saya puji sumbangan Giroud kepada Perancis.”

“Tiada salahnya perbandingan itu. Kalau saya dibandingkan dengan R9 [Ronaldo Nazario], jadi saya pula adalah gokart dan dia F1. Mudah dan ringkas kan?”

Video itu sekali lagi mendapat kecaman daripada ramai peminat. Ini kerana mereka berpendapat Benzema mengeruhkan lagi keadaan dengan mempertahankan tindakannya.

Giroud balas balik

Dalam satu temubual, seorang wartawan bertanya kepada Olivier Giroud berkenaan dengan perumpamaan Gokart dan F1 daripada Benzema.

Giroud kemudian membalas balik kenyataan Karim Benzema itu. Bercakap kepada Be Foot, Giroud berkata:

“Apa dia? Saya gokart?

“Saya gokart yang juara dunia tahu.”

Olivier Giroud merupakan salah seorang penyerang terpenting dalam sejarah bola sepak di Perancis.

Karim Benzema pula salah seorang penyerang terpenting dalam sejarah Real Madrid – di mana beliau pernah membantu Real Madrid menang 4 UCL dalam 5 musim.

Giroud pula pemain yang kerap menjadi depth player di kelab beliau. Beliau berpindah dari Arsenal ke Chelsea. Dan masih lagi menjadi pemain di bangku simpanan.

Namun Giroud merupakan pemain utama dalam skuad Perancis sejak diambil alih oleh Didier Deschamps.

Giroud menjadi pemain yang membantu Perancis menjadi Juara Dunai 2018 dan naib juara Euro 2016.

Dari segi teknikal, Karim Benzema adalah pemain yang lebih laju dan lincah. Namun itu bukan alasan untuk menafikan kepentingan Giroud di dalam pasukan Perancis.

Baca yang lain