Gitar D-18E Kurt Cobain Dibeli Lelaki Australia Dengan Nilai RM25.6 Juta

Gitar yang dimainkan Kurt Cobain sepanjang konsert “MTV Unplugged” tahun 1993 akan dijual di dalam satu lelongan dengan harga sekurang-kurangnya U$1 juta.

Dalam lelongan tersebut, gitar D-18E yang vintage itu juga akan turut disertakan dengan sejumlah item lain yang pernah dimiliki oleh vokalis legenda Nirvana yang meninggal dunia tahun 1994.

Gitar Martin D-18E keluaran 1959 itu telah dimiliki oleh pembida dari Australia yang menawarkan harga USD6 juta ataupun sekitar RM25.6 juta.

Beliau adalah Peter Freedman yang merupakan pemilik kepada Rode Microphones, yang memenangi pertandingan bidaan itu yang turut menerima saingan dari seluruh dunia.

Freedman merancang untuk mempamerkan gitar dalam jelajah pameran di seluruh dunia dan juga di galeri serta ruang seni.

Beliau berjanji akan membantu memberikan informasi kepada orang ramai tentang gitar itu dan pemiliknya, ketika dalam jelajah itu nanti.

Freedman memberitahu agensi berita PA bahawa beliau risau akan kalah dalam bidaan itu. Dan beliau sangat bangga kerana memenanginya, ini kerana Freedman sudah ada perancangan tersendiri untuk gitar itu.

Freedman, yang keluarganya pertama kali membuka sebuah kedai elektronik di Sydney pada tahun 1967, menambah: “Para pemuzik dan seniman telah menyokong keluarga saya sejak tahun 60-an.”

Beliau mengatakan bahawa dia tidak mempunyai had apa yang akan dibayar bagi mendapatkan gitar itu.

Freedman berkata: “Ada beberapa orang kaya yang serius di sini. Dan saya rasa saya mungkin benar-benar takut tanpa kena, kot kot ada seseorang yang ada wang berbilion-bilion, apalah sangat kalau mereka hanya membayar, $20 juta atau $30 juta? Tetapi saya akan terus berusaha. ”

Gitar tersebut adalah yang ketujuh dari hanya 302 D-18E yang dihasilkan oleh Martin dan khas untuk Cobain. Di mana mereka menambahkan pickup Bartolini padanya.

Baca yang lain