Glazer Nekad Terus Kekal Di United, Dan Janji Akan Jual Kelab Itu Pada 2025

Pemilik semasa Manchester United, keluarga Glazer telah bertekad untuk terus kekal di Man United. Glazer merasakan nilai pasaran Man United boleh mencecah £10 billion dalam beberapa tahun akan datang.

Pada November 2022, Glazer mengiklankan bahawa Man United untuk dijual sepenuhnya atau dijual sebahagian sahaja. Dalam erti kata lain Glazer juga suka kalau ada rakan baharu dalam pemilikan Man United.

Dan mereka menyenaraikan kelab itu pada pasaran untuk dibida. Namun rata rata pembida mereka tidak mahu menjadi rakan kongsi tetapi mahu menjadi pemilik baharu.

Situasi kini pasti kurang disenangi peminat Man United yang sebelum ini meraikan proses penjualan tersebut sebagai berakhirnya era Glazer.

Dan sekarang, Glazer sedia terus kekal!

Glazer akan mengeluarkan nama Manchester United daripada bursa pasaran. Sebelum ini Glazer mengarahkan Raine Group menjadi broker untuk menjual kelab itu.

Mereka memberikan bayangan bahawa mereka mahu Man United lebih tinggi daripada harga Chelsea ketika dibeli Todd Boehly dengan nilai sekitar £3.5 billion.

Ramai pembida membuat bidaan sekitar £3.5 b sehingga £4b. Tetapi Glazer menaggap tawaran itu kurang memuaskan. Dan mereka sedia kekal menerajui projek di Man United jika tidak mendapat pembeli yang tepat. Lebih lebih lagi selepas Erik Ten Hag memberikan piala pertama mereka sejajak 2017.

Glazer kemudian meletakkan tanda harga sekurang kurangnya £5 billion. Dan menyatakan angka itu angka paling minimum.

Dan pada saringan akhir terdapat 2 pembida yang menjadi pesaing utama iaitu Sir Jim Ratcliffe dan Sheikh Jassim. Sebelum itu terdaapat kira kira 3 lagi pembida lain yang menarik diri kerana tak berpuas hati dengan cara Glazer mengendalikan penjualan itu yang dianggap seperti tak serius.

Seterusnya Sehikh Jassim dikatakan benar benar serius mahukan Man United. Pada awalnya Glazer lebih memilih Sir Jim Ratcliffe kerana tawaran daripada konsortium tersebut yang sedia memberikan Glazer pegangan saham kecil di Man United.

Sedangkan Sheikh Jassim mahu pemilikan penuh 100%. Namun begitu Sir Jim Ratcliffe dikatakan tidak sanggup memenuhi permintaan terbaru Iaitu harga £6 billion oleh Glazer.

Sehikh Jassim terus menawarkan harga tertinggi berbanding dengan tawaran terakhir dikatakan lebih £5 billion. Glazer terus berkeras meminta £6 billion. Angka yang dianggap terlalu tinggi oleh Sheikh Jassim.

Namun Glazer sedar bahawa mereka sudah kurang popular di kalangan peminat di Old Traffrod walaupun kenyataan daripada jurucakap mereka sebelum ini menyatakan mereka tidak pernah mendengar penentangan ke atas pemilikan mereka. Wayang kan? Dan bertekad mahu terus kekal jika tiada tawaran memuaskan hati.

Glazer menganggap tiada pihak benar benar serius mahu mendapatkan pemilikan United daripada mereka dan tidak sanggup memenuhi harga mereka letak yang dianggap harga munasabah.

Glazer kemudian kembali mempertimbangkan tawaran Sheikh Jassim selepas delegasi Sheikh Jassim sendiri berjumpa dengan pegawai Glazer. Rundingan dikatakan sangat positif. Dan Glazer sedia menjual kelab itu.

Proses pemilikan itu awalnya dijangka akan diselesaikan pada Oktober ini.

Malang sekali, selepas beberapa kali Jumaat, Glazer kini sedia mengeluarkan nama United daripada bursa pasaran.

Ada beberapa faktor yang mendorong Glazer untuk terus kekal di United. Paling penting adalah nilai kelab itu dijangka akan melonjak sehingga £10 billion dalam 2 tahun akan datang.

Jadi, Glazer sedia menjual kelab itu pada 2025 dengan harapan akan mendapat wang hampir dua kali ganda daripada apa yang ditawarkan Sheikh Jassim kepada mereka sekarang ini.

Nilai pasaran itu dianggap akan melonjak kerana peningkatan pada jumlah hak penyiaran. Kemudian peningkatan prestij Piala Dunia Kelab yang akan disertai 32 pasukan selepas ini di bawah kendalian FIFA.

Seterusnya Piala Dunia akan datang akan diadakan di Amerika Syarikat sebagai negara penganjur bersama juga boleh mempengaruhi nilai kelab.

Glazer yakin mereka akan menarik lebih banyak pembida selepas ini pada 2025 yang sanggup membayar dengan harga bermula £10 billion.