Glazer Pilih Sir Jim Ratcliffe Berbanding Sheikh Jassim Yang Mahu Singkirkan Mereka Terus

Buat masa ini isu pertukaran pemilikan di Man United masih jauh daripada selesai.

Walaupun sebelum ini peminat Man United yang anti Glazer teruja apabila pemilik kelab itu mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sedia menjual kelab tersebut dalam kenyataan rasmi November tahun lalu.

Seterusnya Glazer menetapkan tarikh akhir bidaan yang sudah pun berlalu. Namun masih belum ada tanda tanda Glazer benar benar mahu menjual Man United.

Malah selepas kejayaan menjulang Piala Carabao, Glazer mengeluarkan kenyataan mereka masih sedia untuk kekal komited memacu kelab itu mencapai lebih banyak kejayaan.

Pada masa itu beberapa konsortium dan billionaire sudah menghantar bidaan.

Antaranya Sir Him Ratcliffe dan Sheikh Jassim yang mewakili Ineos dari Qatar.

Sheikh Jassim mengemukakan 3 tawaran setakat ini. Dan kesemua tawaran itu adalah di atas rekod dunia bagi harga kelab bola sepak.

Sheikh Jassim berkeras tidak mahu menerima permintaan Glazer untuk membayar £6 billion.

Sebaliknya sedia membayar angka tawaran yang dianggap muktamad dari pihak Qatar iaitu £5 billion.

Sir Jim Ratcliffe kini sedia membayar jumlah yang sama. Lelaki terkaya Britain itu kini menjadi pilihan utama Glazer berbanding Sheikh Jassim. Kenapa?

Menurut laporan, Sheikh Jassim mahukan pemilikan penuh. Di mana dia tidak mahu ada perkongsian dengan Glazer dalam pemilikan baharu.

Sementara Sir Jim Ratcliffe pula sedia mengekalkan Glazer sebagai pemegang saham minoriti di kelab itu. Sir Jim Ratcliffe turut sedia mengekalkan beberapa orang kanan Glazer dalam pentadbiran Man United.

Selain itu Sir Jim Ratcliffe juga sedia untuk meneruskan sokongan ke atas idea Liga Super Eropah. Yang sebelum ini ditentang peminat Man United.

Florentino Perez masih berusaha bersama sama dengan Joan Laporta dan pemilik Juventus untuk memperjuangkan Liga Super Eropah.

Kes kini dibicarakan di mahkamah. Dengan pihak ESL sudah menang kes di mahkamah Sepanyol.

ESL akan mampu memberikan pulangan sangat lumayan kepada Man United.

Berbeza dengan Sheikh Jassim dia lebih berpendirian sama dengan penyokong United, yang menentang idea itu.

The Raine Group, kumpulan yang mengendalikan urusan bidaan dan penjualan kelab itu mendapati bahawa, Glazer lebih berminat dengan tawaran Sir Jim Ratcliffe jika mereka terpaksa menerima tawaran £5 billion.

Sheikh Jassim pernah berjanji dia akan membantu kelab itu membina semula revolusi. Dengan mengekalkan Erik ten Hag sebagai pengurus dan memberikan dana untuk membeli pemain baharu.

Sheikh Jassim malah sedia untuk membeli pemain seperti Kylian Mbappe sekalipun jika Ten Hag mahukan.

Sebelum ini Gary Neville menyalahkan Glazer sebagai punca Man United kalah dua kali berturut turut di tangan West Ham. Kerana menurutnya, tindakan keluarga Glazer yang bermain main dalam isu penjualan kelab itu membuatkan staf dan pemain hilang fokus di atas padang.

Kerana mereka tidak tahu bagaimana masa depan kelab itu dan status mereka dalam projek kelab di masa akan datang.

BACA JUGA: KENAPA FANS MAN UNITED MENYAMPAH DENGAN GLAZER?

Baca yang lain