Pierre Emerick Aubameyang kini menjadi calon pilihan untuk gol tercantik musim ini dalam pertandingan UEL.
Ini selepas dia melakukan jaringan akrobatik ketika menentang Ajax dalam aksi Liga Europa pada awal pagi tadi.
Aubameyang yang kini bermain untuk Marseille turut mencetak hatrik dalam perlawanan tersebut untuk membantu Marseille menang secara dramatik.
Aubameyang membuka tirai jaringan pada minit ke-9 menerusi sepakan penalti. Namun hanya seminit selepas itu, Brian Brobbey menyamakan kedudukan.
Mangulu meletakkan tuan rumah di hadapan sekali lagi pada minit ke-26. Namun Brobbey menyamakan kedudukan sekali lagi selang 4 minit kemudian.
Pada awal separuh masa kedua, gol luar biasa dihasilkan Aubameyang pada minit ke-47. Di mana dia berada di dalam kotak penalti telah melipat bola untuk masuk.
Netizen menjadi gila melihatnya. Ianya benar benar luar biasa. Ia juga menunjukkan bahawa Aubameyang masih lagi memiliki sentuhan berbisa di kakinya.
Pierre-Emerick Aubameyang scored a hat-trick, including a bicycle kick to send Marseille into the top two of Group B 😱
The Gabonese striker showing he's still got it 😎
It really is bicycle season 🚲😂 pic.twitter.com/iIWkkKbpMc
— SPORTbible (@sportbible) November 30, 2023
Ajax tidak mengalah dengan mudah walaupun bermain 10 pemai selepas Berghuis dibuang padang pada minit ke-63.
Bintang berbakat besar mereka, Chuba Akpom menyamakan kedudukan pada minit ke-79.
Malang buat Ajax kerana mereka memberikan satu lagi penalti pada masa kecederaan. Aubameyang sekali lagi mengambil tugasan itu dengan cemerlang dan bola dimasukkan ke gawang pada minit ke-90+3.
Marseille menang 4-3. Dengan Ajax sudah tentunya tiada harapan langsung untuk mara kekal di tempat tercorot kumpulan B.
Ajax masih gagal mencipta sebarang kemenangan dalam kempen UEL musim ini.
Marseille dan Brighton masing masing mengesahkan kemaraan mereka.
Full highlight di sini: