Jamie Vardy memberikan salam perpisahan kepada peminat Leicester dengan cara sempurna seorang penyerang legenda kelab.
Dia mencetak gol ke-200 untuk Leicester dalam aksi terakhirnya di hadapan peminat di King Power Stadium.
13 tahun lalu, dia ditandatangani dengan nilai £1 juta dari Fleetwood Town. Dan ianya menjadi salah satu pembelian terbaik dalam sejarah EPL.
Vardy berjaya membantu kelab itu berada di era terbaik mereka dalam sejarah. Menjuarai Liga Perdana Inggeris dan juga Piala FA.
“Saya gagal menyempurnakan beberapa peluang sebelum itu, dan ketika James Justin melorongkan bola, saya tak akan mensia siakannya,” kata Vardy.
Ianya penampilan ke-500 Jamie Vardy untuk kelab dalam hidupnya itu. Dia bersama dengan kelab ketika senang dan ketika di bawah.
Ketika rakan rakan daripada pasukan generasi emas memenangi EPL mereka keluar menyertai kelab besar lain, Jamie Vardy kekal setia. Dan bersama kelab ketika tersingkir semula ke Liga Kejuaraan.
Dia kemudian membantu Leicester bangkit dan naik ke EPL sekali lagi.
Selain kejayaan menjulang EPL, dan Piala FA, Vardy juga membantu Leicester menjejakkan kaki ke pentas UCL sehingga ke suku akhir, mara ke separuh akhir Piala Persidangan Eropah dan menjulang 2 Liga Kejuaraan.
“Ianya hebat, dan ianya seperti rollercoaster,” tegas Vardy yang meraikan golnya dengan mencabut tiang sepakan penjuru. Jamie Vardy dan tiang corner memang banyak kisah ikonik sepanjang dia bersama Leicester.
Dia turut menerima guard of honour daripada rakan sepasukannya.
Apabila kami menjaringkan 200 gol pada penampilan ke-500 kamu, maka kamu seorang yang hebat,” tegas pengurus Ruud van Nistelrooy.
Jamie Vardy's 200th and final @LCFC goal, on his farewell appearance 🥹
pic.twitter.com/Jie6Tkd9pM— Premier League (@premierleague) May 18, 2025
Jamie Vardy sebelum ini mengumumkan bahawa dia akan meninggalkan kelab itu pada akhir musim ini. Dia menjadi satu satunya pemain yang menjaringkan gol dalam 11 musim berturut turut.
Menjadi pemenang kasut emas paling tua. Itu antara rekod unik Jamie Vardy.
The end of an era. 🥲
13 years to the day after signing for the club, Jamie Vardy has played his final game for Leicester.
◉ 500 games
◉ 200 goals
◉ 5 trophiesHe is the only player to score in 11 consecutive Premier League games, the oldest player to win a Premier League… pic.twitter.com/DMQnqNE8Jc
— Squawka (@Squawka) May 18, 2025
Berakhirnya era legenda emas Leicester – Jamie Vardy. Dan dia adalah pemain terakhir daripada generasi emas memenangi EPL tersebut yang meninggalkan Leicester. Selepas ini tiada lagi kelibat pemain pemain tersebut bersama Leicester termasuk pemilik legenda kelab itu yang sudah meninggal dunia beberapa tahun lalu.
JAMIE VARDY ADALAH GOAT LEICESTER!
The perfect final game. I’m so glad I was at the King Power to see the best player to ever play for us, finish his Leicester career off, with his 200th goal.
Build the statue 💙 pic.twitter.com/SbSbttYwKu
— Leah (@lcfcleah) May 18, 2025