Goku Jadi Duta Olimpik Bersama Dengan Naruto, Luffy, Shin Chan, Sailor Moon Dan Ramai Lagi

Sukan Olimpik Tokyo akan berlangsung pada tahun ini, 2020.

Ianya merupakan acara sukan terbesar di dunia. Berlangsung empat tahun sekali menghimpunkan atlet atlet handalan dari seluruh dunia.

Perkembangan terbaru, jawatankuasa Sukan Olimpik Tokyo 2020 sudah melantik beberapa duta baru untuk edisi kali ini.

Antara yang paling korang suka pastinya Son Goku yang dilantik menjadi duta sukan Olimpik Tokyo 2020.

Siapa sangka ayah kepada Gohan dan laki Chichi ni akhirnya menjadi duta Sukan Olimpik.

Akira Toriyama dan Pendekar Penyu juga pasti bangga dengan budak yang dahulunya ada ekor, dan kerap berdampingan dengan Bulma ini, akhirnya dapat job jadi duta Olimpik.

Peluang untuk Pendekar Penyu nak masuk guna kabel untuk menyaksikan acara gimnastik, akuatik dan sebagainya.

Goku merupakan watak utama dalam siri Dragon Ball. Merupakan salah satu watak yang sangat berpengaruh di dunia. Memiliki ramai peminat.

Hint Tentang erkara itu sebenarnya pernah diberikan oleh Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe.

Ketika itu Shinzo Abe yang menyatakan bahawa budaya Jepun akan menjadi fundamental penting bagi Sukan Olimpik Tokyo dalam ucapan beliau di Rio pada 2016 dahulu.

Dalam ucapan itu juga, kalau korang ingat masa tu Shinzo Abe turut tampil dengan gaya Super Mario.

Menurut Abe, hasrat utama Tokyo 2020 adalah untuk menyatu padukan peminat sukan dari seluruh dunia, dari pelbagai lapisan umur dan latar belakang.

Dengan ini Tokyo 2020 berharap akan lebih ramai yang datang ke Jepun bagi merasai sendiri kehangatan Sukan Olimpik 2020 itu kelak.

Goku diberikan peranan utama sebagai duta untuk perwakilan animasi Jepun yang memilik ramai pengikut dari seluruh dunia.

Goku tidak bersendirian kerana beliau akan dibantu oleh beberapa lagi karakter lain sebagai duta.

Ini adalah senarai duta Olimpik 2020 daripada animasi Jepun yang akan memulakan tugasan mereka:

Sailor Moon (Sailor Moon)
Luffy (One Piece)
Naruto (Naruto)
Son Goku (Dragon Ball Z)
Cure Miracle (Pretty Cure)
Cure Magical (Pretty Cure)
Astro Boy (Astro Boy)
Shin (Crayon Shin-chan)
Jibanyan (Yo-kai Watch)

Jangan Goku skandal dengan Sailor Moon udah ler.

Jadi, mereka yang bertandang ke Jepun nanti pasti akan dapat bertemu dengan maskot unik ini.

Ultraman pasti agak kecewa tak dapat job kali ini.

Btw, korang dah boleh beli barangan rasmi yang menampilkan duta duta ini di gedung atas talian yang rasmi.

Korang boleh klik pautan ini:

Gedung Rasmi Tokyo 2020

Tahniah kepada Goku dan rakan rakan di atas kejayaan menjadi duta rasmi Sukan Olimpik 2020.

Baca yang lain