Gol Ajaib, ‘Flick And Turn’ Bergkamp vs Newcastle 2002

Pada 2002, dalam perlawanan Arsenal vs Newcastle United. Lagenda Arsenal Dennis Bergkamp telah menjaringkan gol cantik dengan 2 sentuhan. 1 kawalan dan satu cubaan.

Sentuhan pertama menolak bola ke sebelah kanan dan Bergkamp melakukan turning melepasi pertahanan dari sebelah kiri. Ia seperti magnet.

Pada 2009, penyokong Arsenal mengundi gol ini sebagai gol tercantik dalam 40 tahun mengatasi gol pirouette Thiery Henry ke atas Newcastle dan gol Robin Van Persie ke atas Charlton.

Bergkamp memang pemain yang sangat tenang ketika berada di tight area Ataupun zon 14. Walaupun ada fobia naik pesawat namun dikerumuni lawan di atas padang bukan masalah bagi beliau.

Patrick Vieira memenangi bola di kawasan Arsenal. Vieira mengerah keringatnya seperti biasa untuk enforcing. Dan beliau menghantar bola kepada Bergkamp.

Bergkamp kemudian melakukan spray pass Kepada Robert Pires. Pires melakukan killer pass membelah pertahanan lawan.

Bergkamp menerima bola dan melakukan flick menggunakan kaki kiri dalam posisi dia membelakangi gol, dengan bola melalui badannya seiring dengan putaran dilakukannya.

Ianya seperti ada satu komunikasi di antara beliau dan bola, di mana mereka akan bertemu pada titik seterusnya.

Pada fasa akhir dia mewujudkan situasi 1 lawan 1 dengan segala ‘sihir’ yang dia buat tadi.

Wiltord juga membantu mencipta ruang untuk Bergkamp dengan larian di sebelah kiri. Segalanya serba sempurna untuk satu orkestra gol.

Bergkamp melakukan body feint yang secukup rasa tanpa menyentuh bola untuk menewaskan pertahanan dan beliau dengan tenang menewaskan Dabizas, disusuli penyudah tipikal Dennis Bergkamp.

Jaringan ini diundi sebagai jaringan tercantik dalam sejarah Arsenal.

Namun baru-baru ini Arsene Wenger berkata jaringan scorpion kick Olivier Giroud adalah yang terbaik pernah beliau saksikan.

Personally saya rasa gol ini yang tercantik pernah saya saksikan untuk pemain Arsenal.

Saksikan:

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai