Marcus Alonso terus menjadi mimpi ngeri pasukan Spurs. Beliau kini sudah menjaringkan 3 gol berhadapan dengan Spurs.
Alonso menjaringkan gol kedua yang sangat kemas dan cantik semalam. Bak kata orang, penyudah seorang penyerang pada kaki seorang pertahanan.
Build up itu dimulakan dari kanan, dengan Mason Mount drag pertahanan masuk dan ke belakang.
Mount kemudian melorongkan bola kepada Barkley, yang kemudian melakukan hantaran kemas sesedap raasa untuk dibedil oleh Alonso.
Alonso melakukan rembatan deras yang menyilang dari kiri ke kanan, menewaskan Hugo Lloris.
Sejak Marcos Alonso menyertai Chelsea pada 2016, beliau telah menjaringkan 17 gol untuk pasukan Chelsea.
Terbanyak sejak daripada tempoh itu. Di hadapan 2 bekas pemain Chelsea iaitu, Patrick Van Aanholt dan Nathan Ake.
Most @premierleague goals by defenders since August 2016 (when Alonso joined Chelsea):
1⃣7⃣ MARCOS ALONSO
1⃣5⃣ Patrick Van Aanholt
1⃣1⃣ Nathan Ake
9⃣ Virgil Van Dijk⚽️ Alonso has 3 goals & won 1 penalty in his last 6 PL apps against Tottenham#CHETOT pic.twitter.com/YVXocqxbez
— Sky Sports Statto (@SkySportsStatto) February 22, 2020
Jom saksikan kembali first time strike daripada bek kiri Sepanyol ini, selepas satu build up yang sangat kemas di antara pemain Chelsea.
𝙎𝙖𝙩𝙞𝙨𝙛𝙮𝙞𝙣𝙜 𝙛𝙤𝙤𝙩𝙗𝙖𝙡𝙡 𝙨𝙤𝙪𝙣𝙙𝙨: pic.twitter.com/PUMFjwa1A6
— Chelsea FC (@ChelseaFC) February 23, 2020
Chelsea menang 2-1 ke atas Spurs dalam aksi EPL semalam. Gol pertama Chelsea adalah menerusi Olivier Giroud.
Alonso kemudian menambah 1 lagi gol untuk pasukannya.
Pada minit akhir perlawanan, Rudiger tertampan bola ke gawang sendiri.
The Blues mengukuhkan lagi kedudukan mereka di tangga keempat, selepas keciciran mata dalam beberapa perlawanan.
Mourinho tewas kali kedua berturut-turut dalam aksi liga musim ini di tangan Frank Lampard.
Menjadikan Lampard pengurus pertama menang dalam dua pertemuan pertama beliau dengan Jose Mourinho dalam aksi EPL.