Liverpool melayan kunjungan Man United di Anfield dalam aksi EPL. Ini adalah pertemuan pertama Arne Slot dan Ruben Amorim.
Liverpool bermula dengan dominan. Dan memiliki peluang keemasan menerusi Alexis Mac Allister yang dalam kedudukan 1 lawan 1 dengan Onana.
Man United bertahan dengan sangat baik. Dan memiliki beberapa momen mereka sendiri dalam perlawanan ini. Rasmus Hojlund dan Amad Diallo antara yang memiliki peluang di hadapan gol.
Namun separuh masa pertama berakhir dengan tidak ada sebarang gol dijaringkan kedua dua pasukan.
Bersambung separuh masa kedua, minit ke-53, Lisandro Martinez meletakkan Man United di hadapan. Ini selepas Liverpool kelihatan gugup pada awal separuh masa kedua.
Enam minit kemudian, Cody Gakpo meneruskan rentak cemerlangnya di hadapan gol menerusi gol penyamaan cantik.
Perlawanan kemudian menjadi lebih rancak. Dengan kedua dua pasukan mencari gol kedua.
Liverpool diberikan sepakan penalti selepas bola terkena tangan De Ligt. Mo Salah menjaringkan gol pendahuluan untuk Liverpool minit ke-70.
Pemain gantian, Alejandro Garnacho menjadi instrumen penting untuk United menyamakan kedudukan minit ke-80. Ini selepas hantarannya disambar masuk oleh Amad Diallo untuk menjadikan kedudukan 2-2.
Andre Onana menunjukkan aksi cemerlang menafikan 3 percubaan Liverpool yang bahaya menerusi Jota, Bradley dan kemudian tandukan jarak dekat Van Dijk.
Harry Maguire memiliki peluang keemasan untuk menjaringkan gol kemenangan lewat pada aksi terakhir perlawanan. Malangnya sepakannya tinggi selepas menerima hantaran Zirkzee.