Gol Lewat Hudson Odoi Hadiahkan Kekalahan Kesembilan Man City

Nottingham Forest mengukuhkan kedudukan mereka di tangga ketiga dengan menewaskan Manchester City 1-0 di tempat sendiri.

Skuad Pep Guardiola terus dirundung kekalahan demi kekalahan musim ini terutama sekali dalam perlawanan penting.

Sebelum perlawanan, City berusaha untuk merapatkan jurang mata dengan Nottingham Forest.

Namun Man City gagal melakukannya. Dalam perlawanan yang didominasi Man City, Callum Hudson Odoi memberikan gol kemenangan lewat perlawanan untuk Forest.

Gol kemenangan itu memberikan peluang besar untuk bekas kelabnya, Chelsea untuk meminta Man City pada keesokan harinya.

Skuad Enzo Maresca akan berdepan dengan pasukan yang bergelut di zon penyingkiran, Leicester.

Juara bertahan Manchester City kini sudah menelan kekalahan kesembilan setakat ini. Kekalahan musim ini lebih banyak daripada 2 musim sebelumnya jika dikumpul.

Nuno Espirito Santo kini sudah memenangi 4 perlawanan EPL menentang Pep Guardiola. Rekod terbanyak bersama dipegang oleh pengurus ke atas Guardiola. Di mana dia dan Klopp berjaya mencatatkan rekod tersebut.

Mereka sempat berbelanja besar pada Januari lalu, namun sangat sukar untuk pemain baharu mereka memberikan impak dalam suasana pasukan sedang bergelut dengan masalah prestasi dan kecergasan.