Gol Nunez Dan Dua Penalti Salah Jarakkan Liverpool 16 Mata Daripada Arsenal

Liverpool kini melebarkan jurang mata kepada 16 mata daripada Arsenal selepas menang 3-1 ke atas Southampton.

Namun  Arsenal masih ada 2 baki perlawanan dalam tangan berbanding Liverpool.

The Reds memerlukan kebangkitan pada separuh masa kedua selepas ketinggalan awal. Pemain Southampton, Will Smallbone memberikan tamparan hebat buat Liverpool dengan gol masa kecederaan sebelum rehat.

Ianya berpunca daripada kecelaruan Alisson dan pertahanan Liverpool yang  dimanfaatkan sepenuhnya oleh Smallbone.

Separuh masa pertama pelawat di hadapan dengan kedudukan 0-1.

Southampton jelas cuba mempertahankan gol pendahuluan mereka dengan sistem permainan blok rendah. Namun Liverpool tidak berputus asa mencari ikhtiar untuk menyamakan kedudukan.

Pada separuh masa kedua, Darwin Nunez menjadi racun dan madu untuk Liverpool. Dia hampir sahaja dibuang padang kerana kesalahan yang tidak sepatutnya dia lakukan..

Kemudian Nunez membantu Liverpool menyamakan kedudukan pada minit ke-51 selepas menerima bola Luis Diaz.

Tidak lama selepas itu Nunez memenangi penalti untuk Liverpool. Dan Mo Salah menjaringkan gol pendahuluan Liverpool minit ke-54.

Luis Diaz sekali lagi memainkan peranannya dalam gol Liverpool. Pada lewat separuh masa kedua dia pula memenangi penalti kedua untuk Liverpool.

Mo Salah cipta rekod

Mo Salah menewaskan Aaron Ramsdale buat kali kedua daripada titik penalti untuk menjadikan kedudukan 3-1.

Mo Salah menyamai rekod Henry dan Haaland dengan 44 sumbangan gol (gol+ assist) dalam semusim. Dan dia masih ada baki musim yang panjang untuk melanjutkan lagi rekod tersebut.

Bukan itu sahaja, sang Raja Mesir itu kini memintas Sergio Aguero sebagai penjaring kelima terbanyak EPL sepanjang zaman. Ini mengukuhkan lagi statusnya sebagai legenda hidup EPL.

Salah  turut memintas Gordon Hodgson untuk menjadi pemain ketiga paling banyak gol dalam sejarah Liverpool.

Kemenangan ini membolehkan Liverpool 16 mata di atas Arsenal dalam carta Liga Perdana Inggeris. Jurang mata yang sangat besar. Dengan Arsenal tidak boleh tercicir mata dalam 2 baki perlawanan dalam tangan mereka ada.

Apa seterusnya?

Liverpool akan berdepan dengan PSG dalam timbal balik pusingan 16 akhir UCL. Kemudian final Piala Carabao menentang Newcastle. Mereka akan kembali ke aksi EPL menentang Everton di Anfield.

Sementara Arsenal selepas ini akan berdepan dengan Manchester United di Old Trafford dalam pertembungan hidup mati The Gunners untuk terus mengejar Liverpool. Arsenal berpeluang merehatkan pemain mereka untuk aksi menentang PSV selepas menang besar 7-1 pada laga pertama.

Kemudian Arsenal berdepan Chelsea untuk aksi EPL.