Gol Pertama Haaland Dan Keraian Secara Social Distancing

Siapa lagi kalau bukan dia? Erling Braut Haaland terus meledak di hadapan gol. Pemain remaja Norway itu seolah olah tidak mampu dihentikan oleh mana mana pertahanan. Beliau jelas berada dalam kondisi terbaik walaupun sudah lama berehat.

Erling Haaland hari ini mencetak gol pertama untuk Borussia Dortmund dalam aksi Rivierderby menentang Schalke 04 yang berlangsung di Signal Iduna Park.

Haaland, menerima satu crossing diagonal dari kanan dan menyudahkannya dengan tenang. Selepas menjaringkan gol itu pemain BvB meraikannya dengan social distancing, tidak berpelukan sesama mereka.

Haaland sebelum itu mendapat beberapa peluang gol, namun mempersiakannya.

Keraian Haaland itu agak ikonik kerana ia menandakan permulaan semula liga selepas wabak melanda. Haaland sebelum ini dikenali dengan yoga celebration, kali ini melakukan keraian ala ala tarian dengan social distancing.

Haaland meneruskan rekod cemerlang beliau dengan gol Bundesliga kesepuluh beliau musim ini daripada 9 perlawanan.

Dan setakat ini sudah menjaringkan 41 gol daripada 34 perlawanan.

Selain daripada itu, di bangku simpanan turut melakukan social distancing.

Jerman menjadi negara pertama yang memulakan semula liga bola sepak dari kalangan lima liga utama di Eropah.

Seperti yang dirancang, Bundesliga akhirnya berjaya kembali pada 16 Mei, ini selepas pentadbiran Angela Merkel memberikan lampu hijau kepada DFB. Merkel menyatakan perkara tersebut dalam telesidang sebelum ini.

Beliau juga memberikan lampu hijau kepada kedai kedai di Jerman untuk dibuka semula pada 11 Mei ini. Dan urusan sukan dibincangkan dengan sistematik.

Namun Merkel mengingatkan bahawa, Bundesliga harus dianjurkan berdasarkan prosedur keselamatan yang ketat. Salah satu daripada protokol yang dikenakan adalah bermain di dalam stadium kosong.

Seterusnya kesemua pemain dan jurulatih perlu menjalani pemeriksaan dan saringan berkala bagi memastikan mereka bebas daripada virus.

Jerman sudah bersedia untuk kembali memberikan kebenaran untuk membuka banyak sektor pada beberapa minggu lalu. Ini termasuk kedai gunting dan tempat ibadat. Tetapi kesemuanya kena mengamalkan langkah keselamatan yang ketat.

Pasukan di Jerman sudah pun kembali menjalani latihan sejak bulan lalu lagi.

Bundesliga ditangguhkan sejak Mac lalu. Dan mereka masih ada baki 9 perlawanan lagi untuk dimainkan.

Para penyokong Borussia Dortmund telah diseru untuk tidak berkumpul di luar Signal Iduna Park ketika mereka kembali menyambung aksi musim ini menentang Schalke.

Bahangnya terus panas apabila Dortmund akan menjadi tuan rumah kepada aksi derbi yang biasanya panas dan para penyokong memenuhi stadium dan luar stadium.

Walaupun ia perlawanan yang penuh tradisi, Datuk Bandar Ullrich Sierau telah meminta para penyokong untuk jangan pergi ke stadium dan mengelakkan tindakan yang mmampu merebakkan lebih banyak virus.

Beliau juga memohon agar penyokong terus berada di rumah.

Sierau berkata: “Penyokong bola sepak harus melindungi diri mereka sendiri dan orang lain. Ini dengan tidak berhimpun dalam kumpulan yang besar untuk menonton derbi. Mereka tidak dibenarkan masuk ke stadium dan tidak boleh berada di luar stadium sama sekali.”

“Masih ada larangan yang ketat di pusat bandar. Pada masa ini, solidariti penyokong bola sepak antara satu sama lain dan dengan pasukan harus ditunjukkan dengan menghormati sekatan.”

“Sentiasa berhati-hati dan tidak mendedahkan kawasan pertandingan kepada virus, jika tidak atau orang lain mungkin tidak akan menonton derbi lagi dalam hidup mereka selepas ini.”

“Seharusnya tidak ada perayaan gol seperti yang biasa kita ketahui di restoran dan di kawasan luar. Anda harus menjaga jarak – walaupun sukar.”

“Oleh itu, kami lebih suka anda terus berada di rumah dalam lingkungan keluarga yang kecil dan mengharapkan derbi yang sangat menggembirakan di sana!”

“Kosong! Itu bukan sahaja misi untuk tidak bolos kepada Schalke, malah kita juga harus kosong jangkitan baharu.”

Selamat kembali Bundesliga!

Baca yang lain