Gol Salah Dibatalkan Sebab Terlajak Ibu Jari Kaki, Statistik Menunjukkan VAR Paling Tak Memihak Liverpool

Bukan hari yang indah untuk penyokong Liverpool. VAR ternyata memberikan mimpi ngeri buat mereka.

Ini selepas 2 gol ditarik oleh VAR, dan dua penalti diberikan kepada lawan. Salah satu daripadanya adalah pada masa kecederaan sebelum wisel penamat.

Topik paling menarik pastinya gol Mohamed Salah yang dibatalkan VAR kerana ibu jari kakinya yang terlajak.

Salah dengan tenang menerima bola dan merembat masuk ke arah gol pada minit ke-35. Namun keraian gol Salah itu tak lama kerana VAR menarik semula gol itu.

Mohamed Salah ofsaid dalam kedudukan ini:

Ternyata VAR memang tidak mahu kawtim langsung dengan Liverpool dalam perkara perkara seperti ini.

Selain daripada gol Salah yang dibatalkan VAR, gol Sadio Mane turut dibatalkan VAR. Namun yang itu mungkin agak jelas.

Brighton mendapat penalti awal. Namun Maupay gagal menyempurnakannya.

Seterusnya, Diogo Jota meletakkan Liverpool di hadapan pada separuh masa kedua.

Namun pada masa kecederaan sebelum wisel penamat, VAR memberikan satu lagi penalti kepada Brighton selepas mendapati Andy Robertson mengasari Danny Welbeck.

Pascal Gross kali ini tidak melakukan kesilapan untuk memastikan Liverpool gagal membawa pulang 3 mata.

Liverpool terus suwey dengan VAR

Musim lalu, Liverpool menjadi antara pasukan yang paling banyak kena tarik ataupun ditentang oleh keputusan VAR.

Dan musim ini nampaknya keadaan itu berterusan. Entah apalah dosa Liverpool kepada VAR selama ini?

Liverpool setakat ini berhadapan dengan 8 keputusan VAR yang tidak memihak kepada mereka. Jumlah dua kali ganda berbanding dengan Brighton, Palace, Man United, dan Spurs.

 

Baca yang lain