Gol Sendiri Maguire Beri Harapan Kepada Scotland Untuk Bangkit

Harry Maguire masuk sebagai pemain gantian dalam aksi persahabatan musuh tradisi Scotland vs England.

Namun tidak lama selepas itu telah membantu Scotland untuk merapatkan jurang gol. Scotland yang awalnya ketinggalan 0-2 – hasil jaringan Phil Foden dan Jude Bellingham pada separuh masa pertama – telah diberikan peluang bangkit oleh Maguire.

Maguire tertampan masuk bola ke gawang sendiri pada minit ke-67. Ianya benar benar bukan hari yang dimahukan Maguire yang berterusan menerima kritikan musim ini.

Kehadiran dia dalam skuad England pada kali ini turut dipersoal kerana dia tidak memiliki minit permainan yang cukup di kelab.

Sejak musim lalu lagi dia menjadi pemain gantian di Man United. Tetapi Gareth Southgate benar benar percayakan pemain itu.

Southgate malah pernah bercakap secara peribadi dengan pemain itu menyatakan sokongan moral kepada Maguire agar pemain itu tidak terlalu tertekan memikirkan minit permainan di Man United. Kerana dia masih pemain penting England.

Dan kini pemain itu lebih banyak minit dengan skuad kebangsaan England berbanding Man United pada musim ini – setakat ini.

Maguire mengharapkan minggu antarabangsa kali ini akan membantu dia menyegarkan semula fikirannya dan fokus kepada kebangkitan prestasi.

Malangnya itu tidak berlaku. Dia malah melakukan kesilapan defensif.

Kapten pasukan, Harry Kane memberikan kelegaan kepada England dengan gol ketiga minit ke-81. England menang 3-1 ke atas Scotland.

Statistik malang itu membuatkan peminat mulai merasakan bahawa tiada pemain di dunia yang benar benar komited memberikan hiburan agar di-banter seperti Maguire.

Dia juga mencatatkan rekod buruk di mana dua gol terakhirnya adalah untuk pasukan lawan. Iaitu untuk Sevilla dan Scotland.

Pada jendela musim panas lalu, Maguire hampir menyertai West Ham. Namun rundingan gagal selepas Maguire gagal menyelesaikan isu pampasan dengan Man United. Di mana dia meminta bayaran sekitar £8 juta daripada Man United untuk menerima kontrak dengan gaji lebih rendah di West Ham.

Kemudian Maguire bertekad mahu terus kekal di United dan merebut tempat dalam skuad utama.

Maguire juga dilucutkan jawatan sebagai kapten Red Devils musim ini digantikan dengan Bruno Fernandes.