Liverpool melayan kunjungan Sheffield United dalam usaha mereka merampas kembali kedudukan teratas dalam carta Liga Perdana Inggeris. Ini berikutan kemenangan dicatatkan Arsenal semalam.
Liverpool hampir sekali lagi ketinggalan hanya beberapa minit selepas sepak mula. Ini apabila Sheffield United melakukan 2 percubaan bahaya pada 3 minit pertama dari jarak dekat.
Percubaan pertama berlaku seawal pada 30 saat pertama perlawanan bermula. Mujur Coimhin Kelleher melakukan penyelamatan kemas.
Liverpool juga memiliki 2 peluang awal. Pertamanya menerusi lob Mo Salah dan kedua menerusi tandukan Darwin Nunez.
Pada minit ke-18, Darwin Nunez meletakkan Liverpool di hadapan setelah dia menghadang hantaran oleh penjaga gol, Grbic yang melantun padanya dan masuk. Grbic cemerlang pada awal perlawanan ini hanya mampu meminta maaf kepada rakannya.
Kedua dua pasukan kemudian tidak banyak mencipta peluang. Liverpool pada satu ketika menguasai sehingga 91% perlawanan namun masih tidak dapat menghasilkan gol kedua.
Pada minit ke-43, Dominik Szboszlai melakukan rembatan yang deras dan tepat namun ditepis penjaga gol.
Separuh masa pertama berakhir dengan 1-0 memihak tuan rumah.
We lead at the interval 🙌 pic.twitter.com/yk2tDebpDF
— Liverpool FC (@LFC) April 4, 2024
Pada separuh masa kedua, Liverpool terus rancak mencari gol kedua. Melakukan beberapa siri serangan ke kubu lawan yang bertahan dengan 6 pemain di garisan bawah.
Pada minit ke-59, Sheffield United melancarkan serangan balas yang berjaya menghasilkan gol. Liverpool yang bermain agak cuai ditewaskan di garisan tinggi. Gol itu disahkan sebagai jaringan sendiri oleh Conor Bradley.
Van Dijk hampir meletakkan Liverpool kembali di hadapan minit ke-65 menerusi tandukan deras selepas menerima bola daripada sepakan penjuru oleh Szoboszlai namun dinafikan penjaga gol.
Sheffield United kemudian menolak lebih ramai pemain ke zon serangan setiap kali menyerang. Dengan Liverpool cuba mencari cara untuk menembusi blok pertahanan mereka.
Ketika Sheffield terus menghampakan Liverpool dengan gaya pertahanan agresif serta cuba melengahkan perlawanan, Alexis Mac Allister melakukan rembatan roket dari luar kotak penalti dan masuk.
⚽️ GOAL: MAC ALLISTER GIVES LIVERPOOL THE LEAD!!!
Liverpool 2-1 Sheffield United
— EPL Index (@EPLIndex) April 4, 2024
Anfield bergema meraikan gol tersebut. Ianya gol yang sangat cantik.
OH MY GOD! ALEXIS MAC ALLISTER! WHAT DID YOU JUST DO? ABSOLUTE THUNDERBASTARD!
😱😱😱😱😱😱😱😱😱😱😱❤️#LIVSHU
— IBRAHIM 💎 (@ibrahim66e) April 4, 2024
What a goal by Mac Allister
pic.twitter.com/YoVmJwyzUN— Sports Glorified (@sportsglorified) April 4, 2024
Minit ke-82, Cody Gakpo pula melakukan percubaan dari dalam kotak penalti, namun bola melambung tinggi seperti gunung Fujiama.
Pada minit ke-85, Alexis Mac Allister hampir menjaringkan satu lagi gol roket. Kali ini percubaan daripada sepakan percumanya terkena palang gol.
Pada minit ke-90, Cody Gakpo memastikan Liverpool meraih 3 mata secara mutlak. Di mana dia memberikan impak sangat berkesan sejak dimasukkan. Gakpo menanduk kilas bola hantaran daripada Andy Robertson.
Tamat perlawanan, Liverpool 3 Sheffield United 1. The Reds kembali 2 mata di atas Arsenal di puncak liga.