Gol Yang Sudah Dirancang Dan Makna Keraian Giroud Didedahkan

Olivier Giroud menjaringkan gol dengan gaya signature beliau iaitu tandukan.

Gol itu bermula daripada perancangan dari sebelah sayap oleh Marcos Alonso dan Christian Pulisic.

Di mana Alonso melakukan no look pass kepada Pulisic.

Pulisic pemain yang sedang dalam form membara melakukan satu teasing cross yang sangat cantik. Tinggal nak sentuh je ke gol.

Gol itu terhasil selepas Giroud mempersiakan beberapa peluang keemasan pada sebelum itu. Kalau dia sumbat semua, boleh hatrik kot dia.

Lihat sendiri tandukan padu itu di sini, dan kredit lebih padu kepada cross itu. Persis cross daripada penulis artikel ini di peak dia. Korang apa tau.

https://twitter.com/i/status/1283130369764663303

Cantik bukan?

Giroud kini sudah menjaringkan gol dalam 3 aksi yang dia bermula sebagai kesebelasan utama buat pertama kali sejak 2017.

Media sosial Chelsea kemudian mendedahkan bahawa gol itu memang sudah dirancang. Di mana Oli Giroud sudah meminta cross serupa itu daripada Pulisic.

Satu perfect plan kata orang putih. Bersilat silat tangan diorang merancang.

Giroud  dan Pulisic memang rapat di antara mereka.

Seterusnya ramai juga yang bertanya, apa maksud keraian Giroud yang menulis sesuatu di tapak tangan?

Adakah ia menandakan isyarat cai nombor ekor?

Sebenarnya, Giroud menyatakan, ia ditujukan kepada rakannya yang di stand, N’golo Kante.

Giroud dan Kante bermain scrabble sebelum perlawanan ini. Dan perkara itu disambung terus ke padang.

Kemenangan ini telah meletakkan Chelsea kembali memimpin persaingan ke UCL di antara persaingan tiga penjuru melibatkan The Blues, United dan Leicester.

Ini selepas Leicester dan United kedua duanya keciciran mata dalam aksi sebelum ini.

Man City disucikan oleh CAS daripada kesalahan FFP membuatkan tiada slot UCL untuk pasukan di tangga kelima.

Di mana skuad bimbingan Pep Guardiola itu sudah mara ke UCL sama seperti juara musim ini Liverpool.