Goldberg Cuma Perlukan Tiga Minit Untuk Tewaskan Fiend

Gempar! Bill Goldberg Telah memenangi Kejuaraan Universal dengan mengalahkan ‘The Fiend’ Bray Wyatt dalam masa hanya 3 minit.

Goldberg mungkin tidak berada di gelanggang sejak SummerSlam 2019, tetapi entah bagaimana Goldberg boleh muncul juara untuk Sabuk Kejuaraan Universal sekali lagi.

Legenda WCW itu telah memenangi Sabuk Kejuaraan Universal pada tahun 2017 selepas menewaskan Kevin Owens di Fast Lane, dan kemudian tidak lama selepas itu beliau tewas kepada Brock Lesnar.

Memang banyak desas desus mengatakan bahawa Goldberg akan membuat kemunculan semula ke pentas WWE untuk berlawan dengan The Fiend.

Tetapi pastinya tidak akan ada yang menyangka bahawa kemunculan beliau bukan sekadar bertarung dengan the fiend di Super Show Down, Goldberg malah telah berjaya memenangi sabuk kejuaraan Universal milik Bray Wyatt.

Lebih tidak masuk akal lagi, Goldberg menewaskan The Fiend dalam pertarungan yang hanya mengambil masa tiga minit sahaja.

Untuk apa WWE membuat gimik yang begitu hebat untuk The Fiend tetapi membiarkan beliau ditewaskan dengan begitu mudah?

Kebanyakkan peminat WWE tidak berpuas hati dengan creative team WWE yang membuat gimik The Fiend itu tidak ubah seperti Jobber.

Jika Goldberg menewaskan penggusti seperti Sin Cara atau Burdy Murphy itu masih masuk akal lagi untuk kemenangan yang sebegitu mudah. Tetapi lawan Goldberg kali ini adalah The Fiend.

kebanyakkan peminat beranggapan bahawa kemunculan Goldberg adalah untuk menaikkan lagi aura The Fiend. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

https://twitter.com/AlienGSP/status/1233127322284367873?s=19

 

Kemunculan Goldberg sekadar menunjukkan bahawa The Fiend cuma sekadar watak Alter- Ego yang tiada keistimewaannya. Watak The Fiend yang dahulunya Bray Wyatt sudah mula diterima baik oleh peminat, namun kekalahan begini membuatkan peminat rasa bosan dengan skrip yang ada di WWE sekarang.

Adakah keputusan perlawanan antara The Fiend dengan Goldberg ini ada kaitan dengan Roman Reigns?

Ada kemungkinan bahawa Roman akan bertemu Goldberg untuk sabuk Kejuaraan Universal di WretleMania.

Goldberg pernah melakukan hal sama ketika menewaskan Brock Lesnar dalam waktu yang singkat.

Dan kerana perlawanan itu kebanyakkan peminat WWE mengecam beliau sudah tua dan tidak larat lagi untuk bergusti lebih lama.

Perlawanan di Super Show Down sudah pon berakhir. Goldberg juga sudah sah menjadi Juara Universal yang baru.

Peminat The Fiend harus Move on dan nantikan saja apa perancangan yang disediakan untuk The Fiend.

Dan adakah ramalan Goldberg akan bertemu Roman Reigns untuk kejuaraan Universal adalah benar.

Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku seterusnya.

Baca yang lain