Golongan Woke Mahu Boikot BTS Kerana Jungkook Buat Persembahan Di Qatar

Gara gara Jungkook membuat persembahan di Qatar, kini ramai peminat yang menyokong pelangi mahu melancarkan kempen memboikot BTS.

Sejak Hybe mengumumkan bahawa Jungkook akan menyanyi lagu Piala Dunia dan membuat persembahan pada acara pembukaan, banyak kecaman diterima syarikat itu.

Golongan Woke di media sosial malah menganggap ini bukan pertama kali BTS melukakan hati mereka.

Sebelum ini BTS dianggap seringkali menunjukkan sokongan mereka terang terangan menyokong Palestin secara terang terangan.

Sekaligus membuatkan mereka dituduh sebagai menyokong pengganas.

Jungkook dari BTS menerima jemputan untuk membuat persembahan di Qatar sempena pembukaan Piala Dunia 2022. Ketika artis lain dari Barat terutama sekali Amerika Syarikat enggan menerima tugasan itu.

Ini sebagai bantahan kepada Qatar yang tidak menyokong kebebasan jantina dan hubungan sesama jantina yang dianggap satu jenayah di sana.

Shakira antara yang menarik diri daripada persembahan tersebut dengan beberapa artis lain turut mengambil keputusan yang sama.

Dua Lipa mendapat kecaman peminat kerana ramai menyangka dia akan menerima tawaran menyanyi di Qatar. Akhirnya Dua Lipa tampil menjelaskan dia memboikot acara itu kerana menurutnya Qatar tidak menyokong hak asasi manusia.

Jungkook merupakan ahli BTS yang merupakan boy band yang paling berpengaruh di dunia ketika ini.

Dia telah menerima banyak pujian daripada peminat yang menyaksikan acara pembukaan tersebut.

Fahad Al Kubaisi bangga dapat berkongsi pentas bersama dengan Jungkook.

Para aktivis kebebasan hak asasi di Amerika Syarikat mempersoalkan tindakan Jungkook itu yang menurut mereka seolah olah tidak menghormati hak asasi manusia.

Ada juga yang membidas tuduhan itu dengan menyatakan bahawa politik dan bola sepak harus dipisahkan kerana Jungkook bukan punca atau solusi kepada masalah kemanusiaan di Qatar.